like this blog?

Friday, February 6, 2009

adik kesayangan ; akmal zuhazmi :)


aku sebenarnya tengah geram gila tahap karma ni. bukan geram apa, geram kat adik aku yang bongsu tu, sangat hyperactive ! jadi, saja suka2 aku nak tulis pasal dia kat blog ni, wee ~


ni serba sedikit biodata pasal dia yang sangat bijak ;






































nama ; akmal zuhazmi bin haji abdul halim


umur ; 7 tahun [ 13 november 2002 ]

sekolah ; sekolah integrasi as-syakirin [ 1 mumtaz ]

hobi ; bermain psp & playstation 2, bace buku kadang2.

sikap ; budak pelik tapi bijak

kegemaran ; suka berbelanja & habiskan duit orang, haha

INSIDEN 1 ;

iklan rokok, badan yang teruk.

ayah ; budak nakal nanti jadi macam ni, teruknya !
akmal ; hehehe [ sambil tersenyum kambing ] itu iklan rokok la !

INSIDEN 2 ;

akmal ; kat sekolah akmal ada kawan, namanye muhd afif bin muhd rusydushh [ sebenarnye name tu rusydi ].
abang ; hoii, sape ajar? baru darjah satu dah pandai ejek nama ayah orang.
akmal ; manede, tu kawan akmal yang cakap.

INSIDEN 3 ;

aku ; akmal, jangan kacau la !
akmal ; kaklong jangan kacau la!
aku ; ish akmal ni gedik la !
akmal ; ish kaklong ni gedik la !
aku ; akmal busuk diam !
akmal ; kaklong busuk diam !

jadi kesimpulannya, aku terpaksa la diam je sebab nanti dia akan ajuk balik, arghhh

INSIDEN 4 ;

kegilaan bermain ps2.

akmal ; abang, akmal nak boat tu !
abang ; [senyap]
akmal ; bukan macam tu ah !
abang ; yela, sabar la.
akmal ; eee abang ni tak ikut ARAHAN la !

INSIDEN 5 ;

# satu ketika ayah aku dah nak balik jeddah, arab saudi. akmal ambil satu beg plastik hitam, ala plastik sampah tu. dia bawak naik atas masuk bilik, korang tau dia buat apa? dia masukkan semua baju2 dia dalam tu. pastu kan dia cakap, "ni akmal punya ! jangan ambik, akmal nak ikut ayah balik, ummi pergi kawin lain, akmal nak ikut ayah,". fuh, kami semua touching gila ah. budak kecik macam tu pun dah tau perasaan. -.-'

# akmal balik awal dari sekolah, demam la katanya. bila dah masuk kereta, punya la seronok, aih budak ni takde rupa demam pun.

aku ; ehh akmal demam eh? takde macam demam pun?
akmal ; yela akmal demam la.
a
ku ; akmal, ayah mana?
akmal ; ayah ada kat rumah la.
aku ; mana ada, ayah dah balik jeddah la.

pastu ayah aku called ; terus akmal tanya " ayah kat mana? " , bila ayah aku cakap ayah dah balik, terus dia genggam hp tu then dia campak hp kat belakang. muka sedih je, mungkin dia seronok nak balik awal sebab ingat ayah aku ada lagi kat rumah. ish ish.

INSIDEN 6 ;

ummi ; mana kunci rumah ?
semua ; tak tau, tak ambik.
ummi ; mana ni ? cepat cari , nanti ayah tau, ayah marah.
mizah ; tanya la akmal.
ummi ; akmal , kunci mana?
akmal ; ada ni, hehehe.

pandai akmal main2 sorokkan kunci, kalau hilang tak ke gila. ohh.

INSIDEN 7 ;

mizah ; akmal, bagi duit ni kat kak faten.
akmal ; ok.
faten ; akmal, duit kak mizah bagi mana?
akmal ; ada akmal dah masuk dalam ni [ dompet dia la ape lagi ].
faten ; akmal bagi sini duit tu. kak faten punya.
akmal ; tak ! tu duit akmal kak mizah bagi.

pastu, terjadi la insiden rebut duit antara budak dah habis SPM dengan budak yang baru masuk darjah satu, haha

INSIDEN 8 ;

satu kejadian kat pasar malam seksyen 6.

akmal ; kaklong, nah air ni, akmal tak nak lagi.
faten ; bagi sini bagi kat kak faten ye.
akmal ; hehe.
faten ; eh kenapa kosong je ni?
akmal ; air dah habis la, hehehe.


faten geram je, kena tipu hidup2 dengan akmal, hehe.

INSIDEN 9 ;


kat depan tv, tengah syok makan keropok lekor. akmal baru makan satu keropok lekor tak cecah sos.

mizah ; akmal nak makan cecah la guna sos.
akmal ; akmal suka sos tomato la, akmal tak suka cili.
mizah ; kalau tak suka pergi la ambik sos tomato, sape suruh cecah dengan sos ni.
akmal ; ok. nak makan.
mizah ; sedap tak? pergi ambik lagi kat kak faten.
akmal ; sedap, tapi faten mana?

rupa2 nya, faten dah lari bawak keropok lekor tu, tapau pergi 7E, haha kesian akmal, kena balas dendam, jadi tak dapat la dia makan banyak keropok lekor cecah sos tomato, hehe.


INSIDEN 10 ;

ummi ; akmal nak pergi solat jumaat tak?
akmal ; kenapa solat jumaat? solat zohor tak boleh ke?
abang ; mana boleh la !
akmal ; biar la !

* * *

ummi ; akmal nak solat?
akmal ; taknak .

budak ni kadang2 jujur la pulak, jadi korang kalau tak nak solat, ngaku jujur jela, kecik2 dah jujur dah besar nanti tak pandai menipu, bagus tau, agaga. :)

INSIDEN 11 ;

abang ; weh ada teka teki ni, dalam banyak2 kopi, kopi apa yang tak boleh makan & minum?
akmal ; ala, KO PIkir la sendiri,

haha, bijak je kan jawapan dia, pandainya !

setakat tu jela yang dapat aku ceritakan, banyak lagi kerenah dia yang bijak tu sebenarnya, haha.

pengajaran ;

ibarat kata seorang pakar motivasi di sebuah buku PEMBANGUNAN MODAL INSAN ; DR ROZITA SHAARI,

# walau macam mana nakal pun kanak2 itu, kita perlu memahami dan menghargai ruang mereka, mereka memerlukan ruang untuk menjadi diri mereka, cara yang paling berkesan ialah menjalinkan hubungan yang akrab sejak kecil lagi. :)

# jadi, nakal macam mana pun adik2 anda, tangani dengan bijak, [ walaupun kadang2 aku meletup jugak ] . satu hari nanti dia akan membesar dan pastinya kita akan merindui kenakalan zaman kanak2 mereka itu.

sayang akmal ; sayangi adik anda. :)


8 comments:

  1. haha, dia sengal la, sayang dia tau :)

    ReplyDelete
  2. haha. adek kau nakal sngguh.;'
    tp menarik perhatian la, hehe

    ReplyDelete
  3. haha, thnx fawa, syg gila dia :)

    ReplyDelete
  4. lawak lorhh!
    comment me back yea =D

    ReplyDelete
  5. akmal nak sembahyang?
    -taknak.


    haha adegan paling BEST!!
    gila honest. heehe

    ReplyDelete
  6. dia memang, kadang2 geram je, hehe ;)

    ReplyDelete

kata