like this blog?

Thursday, February 26, 2009

oh lesen ; tamat sudah, alhamdulillah !



















Pukul 4.30 pagi aku dah terjage dari tidur. uih awalnye ! bukan ape, aku tibe2 macam sakit perut gila tahap dewa. bukan sakit perut nak melabur okey tapi takut sangat kot? ahha. then lepas subuh, dah siap2 dalam pukul 7.30 aku gerak naik bas pergi seksyen 2 sebab berkumpul kat sane la kan. kenape aku naik bas? yela, ummi sibuk hantar adik aku 4 orang tu ke sekolah, so aku berdikari la kan, dah biase, hehe. aku gerak dengan mizah, sekali belajar memandu dengan aku. kami dah la suke pakai baju same, then dari awal sampai nak balik, semua macam tanye la kenape baju same, ala jawab jela kembar tak seiras, haha. sape yang tak kenal tu memang kena tipu hidup2 la dengan kami ni. :)

sampai kat Metro Driving Academy kat kampung melayu subang. fuh, ramai gila orang test hari ni, dah la kami datang lambat sebab masalah teknikal sikit. angka giliran aku HIJAU 135. Ya Allah, kenape jauh sangat nombor ni? aku nak cepat2 sebab malas dah nak tunggu uih, tambah2 lagi aku sakit perut oii. aku dari awal bace jela tawakaltuh dengan selawat. bagi penenang jiwa sikit. kadang2 nak hilang tension tu, borak2 la merepek2la dengan kawan2 aku ; dayah, mizah, sakinah. hehe.

turn aku ; mase kat litar memang cuak gila terutame kat bukit. yela time amali aku selalu mati enjin ! haha, alhamdulillah, lancar je semua pemanduan aku time kat litar atau lebih dikenali sebagai UJIAN BAHAGIAN 2. memang lega gila oii, lepas separuh beban kat kepale aku ni, then ape lagi ucap terima kasih la kat pegawai JPJ yang muka tak boleh bla, biase la tu kan.

then lame gila nak tunggu turn ujian jalan raya atau UJIAN BAHAGIAN 3, aku bosan gila tambah mengantuk. tibe2 kawan aku yang amik test jugak, Hanafi hantar mesej, dia kate dia dah lulus ! wah sukenye dia, ni buat aku lagi berkobar2 nak lawan dia ni, haha. jgn marah hanafi ! :) uih ade la dalam 3 jam aku tunggu turn, then alamak ! pegawai JPJ ni macam garang je, misai tebal macam datuk K. takpe nani, cool. haha memang cool habis la, aku siap boleh borak2 dengan pegawai JPJ tu, dah la loghat kelantan dia pekat, gelak jela dalam kereta. aku drive biase jela sebab takde rase tekanan ape2. memang cool + best la weii. pastu dah habis, aku nak sign, dia cakap ; "dah2 toksah nak sign panjang2 lawa2 mek oii, mek dah lulus dah, " haha best best ! then ape lagi, "terima kasih tuan !", hehe. alhamdulillah :)

so lepas ni, jom ramai2 drive & konvoi pergi ambil SPM result pulak. adoyaii same2 doakan result pulak cemerlang okey. amin :)



10 comments:

  1. tahniah !
    i failed owh bahagian 3 , i dpt jpj pompuan
    org kelate gak
    tp bapak sombonk && kuat bebel
    then what can i do ,,
    x enjoy pun drive
    dia pesan , byk kn lat kat jln
    sngnye dia ckp ..
    duet byk berabis owh..
    i x pakai duet dia pun
    teremosi la plak..
    ehehehee
    x pe x pe , i'll try my best next time

    ReplyDelete
  2. yup, ade yg pegawai jpj kerek & ketat gila ohh,
    saba jela, naseb x dapat.

    btw u can do it la lya ! :)

    ReplyDelete
  3. waaaah tahniah tahniah!
    next week aku start blaja keta la plak..
    waa cuak takut!
    doakan aku eh!

    ReplyDelete
  4. teha ;

    aku mesti doa utk kawan aku, kau boleh! :)

    ReplyDelete
  5. tna ;

    ala tna mesti pass jugak nanti,
    aritu pegawai jpj tu je bijak,
    ngee ~ ;)

    ReplyDelete
  6. tulah..kalau aku x langgar tiang tu....
    aku dah celebrate ngan ko tau..!!!
    waaa!sedih plus lawak..sbb aku lulus bhgn 3..haha..
    ko tau aku wat test 12 march(khabar angin kata result kuar)
    waaa!!makin tension aku nak exam kang..huhu..

    ReplyDelete
  7. tggu masa jek chek punya nk kuar na..
    haha

    ReplyDelete
  8. dayah ; tu ar aku pun frust jugak la xdapat same ngn kau,
    kalau boleh nak same2 weii,
    xpe next time kau mesti boleh ar dayah ! :)

    ReplyDelete
  9. are_zeam ;

    wokey kita tengok, haha

    ReplyDelete

kata