like this blog?

Wednesday, June 23, 2010

kenderaan & pengguna

Hello my dear bloggers? How are you today?
Hope everything is going fine yeah :)

Okay hari ni saya nak cerita tentang kenderaan & penggunanya
Setelah pemerhatian dibuat macam2 ragam ada la kan

mari kita lihat sini pemandangan bukan luar biasa :

1. Kereta yang suka masuk lane tak bagi signal.
Dia ingat jalan tu bapak dia yang punya la kot. Kadang2 kita nak corner pun takboleh sebab tengok dia takbagi signal bajet macam nak straight la kan. Sekali rupanya belok ke persimpangan yang ada. *buang masa kat situ*

2. Kereta2 BESAR & MEWAH yang suka memonopoli jalan.
Hello mak datin & datuk2 sekalian, tau la kereta awak tu besar. Tapi takpayah la nak himpit kereta saya yang kecil dan comel ni. Kalau awak terlanggar takkan awak nak mengaku kan mesti kita yang biasa2 ni jugak dipersalahkan. *hidung tinggi betul sampai nampak bulu2 yang panjang LOL*

3. Kereta yang suka selit2 masa jammed.
Hoi orang lain pun nak cepat la ni taksabar2 nak selit. Penat kita tunggu lama2 dia nak potong jalan pulak. Aku kalau dah bengang tu macam HARAPAN la nak bagi lane kan. *Haha taknak kalah :D*


4. Motor yang taksedar diri nak guna jalan besar kat highway.
Wahai pengguna motor yang dihormati *kecuali REMPIT*, awak kan dah ada jalan awak sendiri. Kira special la tu bukan ramai sangat pun kat jalan motor tu. Ni nak jugak guna jalan highway tu menyusahkan orang tau tak? Dah la tengah2 dunia, macam mana kalau kereta lain nak lalu? Kalau ada yang laju then kemalangan awak jugak yang jadi mangsa kan. Sila guna jalan yang sepatutnya. Nyawa selamat, tenaga jimat.

5. Kereta macam kura2 tapi guna lane tengah atau kanan.
Ni lagi satu. Dalam radio dah perli2pun tak sedar diri lagi ke? Masuk la lane kiri. Ni bawak sangat la lambat pastu ada hati lagi nak guna lane tengah & kanan. Kan lebih selamat awak guna lane kiri, orang lain pun takpayah nak susah2 bagi lampu kelip2. Haha.

6. Kereta yang suka hati nak keluar dari persimpangan.
Yang ni bahaya. Saya cadangkan awak semua berhati2 bila jalan straight macam ni. Sebab mereka suka ikut2 suka hati je nak keluar simpang. Sabar la sikit. Kalau jauh lagi takpela jugak. Kalau tak sempat brek macamane? Awak dan keluarga awak jugak yang susah. Ish2.

7. Pejalan kaki yang jalan terhegeh2. Bajet catwalk?
Haha ni paling aku menyampah. Terutama kalau lampu kita hijau & lampu pejalan kaki merah. Kan dah merah tu sempat lagi nak melintas, lepas tu lambat pulak tu. Takde sape nak tengok awak la. Jalan tergedik2 dengan muka tersengih2. Kalau awak jalan laju2 saya boleh maafkan la kan. Adoi laaa. Yang muda belia yang masalah, yang orang2 tua tu kena faham la kan.

8. Yang ni saya sangat KAGUM & LUAR BIASA :')
Masa nak keluar simpang 3 kat SHAH ALAM. Kereta sangat banyak. Depan kereta saya ialah ke
reta ESTIMA model baru ape entah? Kereta kat simpang clear & dia sepatutnya dah boleh keluar. TAPI dia tetap tak keluar. Sebabnya ada orang sangat kurang upaya yang sangat daif, bertongkat *memang kesian* melintasi kereta ESTIMA tu. Jalan dah la besar. Sangat sabar kan? Dia takde pun nak hon2 ke ape ke. Kita yang dalam kereta ni mampu lihat jela. Harap2 orang kurang upaya tu dipermudahkan segala urusan. Berkat dia bagi orang tu melintas, dia *dan saya juga hehe* dapat keluar simpang dengan jayanya. Alhamdulillah :)

Apa lagi nak cerita eh? Saya pasti kalian pun ada nasib yang serupa. Saya pun dah taktau insiden ape lagi dah. Kongsi2 la eh sape yang ada insiden di jalan raya :D

14 comments:

  1. klo yg kete besar2 jenis bleh wak laju2 tapi terkedek2 wak cam nk mkn angin jee.
    mmg bikin panas jeee.
    baik beli beca je klo cmtu

    ReplyDelete
  2. dla : haha sangat setuju rase mcm nak bakar kete tu :D

    ReplyDelete
  3. hahaha mootor masuk highway i paling suka bula kena dekat tol tiang tu panjang memang menggelupur lah nak lepas kan? hahaha

    ReplyDelete
  4. naz : haha betul2 padan muka. ada yg ada polis kat situ kan nak tahan penunggang motor yg bijak guna jalan besar. haha

    ReplyDelete
  5. ahaha.macam2 ragam.paling ta boleyh blah yg last skali.huhu. :D rajen kau menaip panjang lebar en nani?aihh.thumbs up lah!sebagai peringatan juga!

    ReplyDelete
  6. anith : haha aku rajin sebab aku bosan. :D

    ReplyDelete
  7. likes this so much! hahaha lawak ah nani

    ReplyDelete
  8. wah2..
    bermadah berhelah nmpk..
    hehe!
    huhu (;

    ReplyDelete
  9. shazzy : haha betul ape kan? hakikat hihi :D

    ReplyDelete
  10. epa ; lebih kurang la hehe :p

    ReplyDelete
  11. yg no 4 tu..and ingat x??perjalanan ke sunway..membantu pakcik misai tu saman penunggang motor..

    kita:pakcik tu..!!pakcik..cepat..!!packik..!pakcik!

    kesian pakcik misai tu..!haha

    ReplyDelete
  12. dayah : Haha ofkos la best bila kan weii lawak :D

    ReplyDelete

kata