like this blog?

Thursday, July 15, 2010

2 minggu sudah


gambar dalam kelas

Assalamualaikum semua. Saje mau update panjang2 kan :)

Masa entry ni ditaip, aku rase sangat la kenyang yang amat. Memang balun habis la. Al maklum la, sejak duduk atas gunung ni memang malas nak turun makan. Tambah2 makan kat dining tu kan kotor, memang habis la muka aku naik merah gatal2. Haih =.= . Tapi berat turun okay dari 48 kg sudah turun 47kg. Dengan ketinggian 163cm, okay la kan. HAHA :D

Minggu pertama sangat la sibuk. Setiap kelas lecturer masuk. Tak macam sem 2 first week tu memang lepak gila la kan takde lecturer. Hehe. Tapi takkisah la sebab
lecturer kali ni SEMUA SANGAT BEST! Serious aku rasa ada semangat nak belajar. Semua lecturer sangat sporting & sempoi. :))

Pasal bilik pulak takpayah nak cerita la kan. Memang
merempat. Dah siap cari rumah sewa awal2 sebab bila2 masa je kena tendang keluar. Tapi so far okay la. Aku masih selesa dan tidur nyenyak kat bilik baru ni. Kalau korang baca previous post aku korang tau la macam mane rupa dia kan. Aku rasa lagi lapang dan sejuk. Atas gunung kan. HAHA. Okay tak, sebenarnya tingkat 3 je, sebab dulu bawah sekali kot. Tapi ape pun aku still bersyukur dapat bilik ni. Junior semua okay :)

Masuk minggu kedua dah start busy. Oh ye, aku dah bagitau kan. Aku
tak online facebook dah. Mungkin dalam seminggu sekali je. Atau dua minggu sekali. Sangat la bosan oh. Huhu. Ape nak cerita ye? Meh aku cerita satu2 subjek yang aku belajar sem 3 ni. Hehe.

ACC 164
Sir Hasmad yang sangat best. Memang faham la ape dia ajar even tough kitorang sangat la lambat pick up untuk subjek akaun ni. Sabar je ajar kitorang. Hehe. Fyi people, subjek ni ditukar last minute tukar content ke topic semua. Dah sama macam budak2 DIA. Aduh. Blur kepala otak. Lompat jauh la kot. Haish. Harap boleh buat la.

BEL 311
Sangat best.
Miss Fatin yang sempoi. Okay la harap boleh tingkatkan subjek BEL aku ni yang dah makin hampeh. Haha. Kena prepare untuk public speaking. Macam sem lepas la. Come on, cakap jela ape kau nak cakap. Asal kau prepare, boleh la kau present. Jangan tibe2 blur sudah. Hee :)

CTU 263
Ustaz Osman yang gila suka buat lawak. Kekadang agak takboleh bla lawak dia. Memang bantai gelak la. Haha. Beliau sangat sporting, takperlu salin ape2 time dia bercerita. Just dengar dan masukkan dalam kepala okay. Tapi untuk lebih berkesan, take note jugak la kan ;)

ECO 211
Madam Tey Hwei Choo sangat funny! Slang dia yang sangat kelakar. Sumpah semangat gila belajar dengan dia. Walaupun sangat laju tapi memang best. Tak habis2 gelak je. Masuk minggu kedua memang dah nak habis chapter 3. Tutorial sangat banyak. Tapi bila lecturer dia pun best, for sure kita akan rase semangat je kan. Hehe. Suka madam ni~ :D

LAW 245
LAW? Aku minat law. Tapi bila kena baca banyak sangat, macam
mengantuk pun ada jugak. Nak tau tak? Law kan ni soalan dia satu soalan 100 markah tau? Over all semua 4 soalan = 400markah. Ape aku nak merapu weh? Cuak la. Kes2 yang kadang2 memeningkan kepala aku je. Dalam DS sumpah ngantuk. Tolong weh, aku memerlukan recorder mp3 untuk rekod ape dia ceramah 2 jam dalam dewan kuliah tu. Serious ngantuk oh memang lari gila focus. Haha.

PAD 214
Madam Jennifah. Dia sangat sabar ajar kitorang. Tengok muka kitorang macam boring, dia akan start pasang video yang sangat funny! Tiba2 semua jadi segar la kan. Memang gelak habis la. Ada tu kitorang semangat gila nyanyi lagu UiTM DIHATIKU bila dia pasang. Haha. Oh ye, subjek ni tiap2 minggu kena present every topic. Alhamdulillah, group aku takat ni dah dapat the best evaluation. Sangat best okay. Hehe :))

HBU 131
Aku masuk
kesat. Oh patutnya sem 3 takpayah ada koku la weh. Aku kan ada 5 sem je, tapi kena jugak la untuk cukup syarat, padahal takmasuk GPA pun weh. First day dah pandai ponteng berjemaah. Haha lepak jela kan. Masuk minggu kedua, coach tu tak perasan pun, masuk jela. Hehe. Tambah2 aku ada 6 orang berjemaah memang best la kan. Oh kesat kali ni bukan karate. Tapi KAWAD TONGKAT. Awww i like! Rindu aku zaman KRS weh. 8 tahun aku masuk kawad memang kawad ni sangat easy as ABC. Lalala berlagak je kan. ;p

KELAB DEBAT
Okay aku dah masuk debat sejak form 3. So of course la aku akan teruskan. Aku dah sambung balik masa sem 2 aritu. Last aku pergi untuk latihan debat kat
UiTM Shah Alam bulan 2 hari tu. Kali ni kena banyak polish lagi meh, sebab skill dah hilang. Haha. Mungkin agak sibuk, tapi aku kena try. :)

Okay2 dah la tu. Penat aku taip ni. Nanti aku update lagi okay. :)

5 comments:

  1. nani dpt sir hasmad? terbaek lah! haha
    sure dpt soalan bocor. haha

    ReplyDelete
  2. hebad bye kau nani.smue2 aktif.besh2. :) gudluck there! aku dpt lecturer smue cm hampeh dis sem. :'(

    ReplyDelete
  3. oh nani. aku pun ade klas LAW dan ianya sangat dasat. tgk 100 markah tuh pun da terbeliak.haduh tatau la final nk tulis berjela mane. huhu

    ReplyDelete
  4. subjek2 tu macam best je ha.
    :)

    ReplyDelete

kata