like this blog?

Saturday, November 27, 2010

kucing


tadi, bosan2 aku tengok la cite Tom & Jerry. Suke pulak aku nak tengok kartun dengan adik aku kan time cuti2 yang bosan ni. cite favourite aku tau time kanak2 dulu. haha. tapi aku kesian la tengok Tom tu, asyik dia je yang kena, asyik Jerry jela yang menang. tak rase ke yang sebenarnye cite ni seolah2 tunjuk kat kite yang kucing ni jahat? padehal, kucing ni la haiwan kesayangan penghulu kite, Nabi Muhammad SAW.

tak percaye? jom kite share info kat bawah ni ;

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang bernama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, ditemui Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai di atas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya, nabi pun memotong belahan lengan yang Mueeza tidur di atasnya. Ketika nabi pulang ke rumah, Mueeza terbangun dan sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu.

Setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu mengendong Mueeza dan salah satu sifat Mueeza yang nabi suka ialah ia selalu mengeong ketika mendengar azan, seolah2 suaranya mengikuti lantunan azan. Bahkan kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing layaknya seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti kucing sangatlah serius.

"Seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia menahannya sehingga mati. Dia masuk neraka kerananya, tidak memberi makan sehingga ia menahannya, dan tidak membiarkannya makan serangga-serangga tanah," (Hadis riwayat Bukhari).

Jadi elok la kalau kita cakap bahawa semua ni adalah agenda orang2 putih ni untuk memanipulasi kanak2 Islam. Masya-Allah. Kalau kalian ada adik2 kecil yang tidak mengerti ape2, ceritakanlah kisah ini supaya mereka tidak menyalah tafsir dan menganiayai kucing.

Sayangi kucing, beri ia makan, kerana apabila ia menjilat2 tangannya, tanda ia sedang mendoakan kita.

PS walaupun kekadang bengang jugak kucing belakang rumah selalu berak merata2. haha redha jela. ade hikmah sebab kucing ni pun penjaga rumah sebab kucing ni berjaya menangkap tikus yang jahat tu! :)

10 comments:

  1. aku suka kucing jenis munchkin !!!! grrr

    ReplyDelete
  2. dikala gua tengok bola,datang segerombolan budak kecik capai remote astro,
    "Tong n jeri!tong n jeri"

    cilakak sepupu kecik gua

    ReplyDelete
  3. tapi s xuke bau & bulu kucing (T_T)

    ReplyDelete
  4. anamizu ; hahah kite pun allergic bulu kucing :D

    ReplyDelete
  5. lya ; hehe yeke takpe2 jauhi kucing tapi jangan aniaya :)

    ReplyDelete

kata