like this blog?

Tuesday, November 23, 2010

sensitif

*ubat tambahan dari specialist*

okay hari ni saya ade date dengan dermatologist lagi. dermatology ape tu? ni ialah penyakit radang kulit. atau lebih dikenali sebagai ekzema. oh yeah benda alah ni dah setahun dah menghuni kat muka saya ni. tapi sekarang lebih teruk. sobs. sensitif okay. huhu.

meh saya nak cerita lebih lanjut. bace la kalau rajin ye. sebab saya dah tak terjawab dah nak explain macam mane bagi orang faham. thanks untuk mereka yang bertanya dan mengambil berat, hee :)

* * * * *
Ekzema ; Kulit bagai mendidih

KERADANGAN kulit akibat alahan atau ekzema biasanya dikaitkan dengan makanan, walaupun hakikatnya banyak punca lain boleh menjadi penyebabnya seperti faktor alam sekitar, termasuk cahaya matahari.

Ekzema diambil daripada perkataan Yunani bermakna mendidih dan ia dianggap tepat bagi menerangkan keadaan sebenar apabila ekzema ‘menyerang’ dan menjadi aktif.

Walaupun jarang dilaporkan, tetapi dianggarkan satu peratus penduduk Malaysia (lebih 230,000 orang) mengalami masalah ini.

Masalah keradangan kulit ini dikatakan ada kaitan dengan genetik dan membabitkan sel T, iaitu sel yang bertanggungjawab dalam sistem imun kita. Dalam keadaan biasa, sel T bertindak balas dan cuba menghapuskan bahan penyebab alahan (dipanggil alergen). Bagaimanapun, pada individu alah, sel T bertindak secara berlebihan sehingga menyebabkan kulit mengalami keradangan, gatal dan pedih.

Masalah ini berlaku kerana ekzema menyebabkan kulit menjadi kering, berasa panas dan gatal (bagi kes sederhana) dan kulit boleh merekah dan berdarah, kata Presiden Kesatuan Pengamal Kesihatan Swasta Malaysia (FPMPAM), Dr Steven Chow.

Katanya, gejala fizikal ini boleh memberi kesan besar daripada segi emosi dan psikologi kepada pesakit, terutama kanak-kanak. Pandangan negatif dan ejekan kawan memberi pengaruh negatif serta boleh menjejaskan kualiti hidup pesakit.

Ekzema juga menghalang pesakit daripada terbabit dalam kegiatan sosial dan sukan apabila mereka dipulaukan rakan sebaya. Malah, gangguan pada kulit, terutama rasa gatal, menyebabkan pesakit kurang selesa dan malu apabila ada di kelompok ramai.

“Masalah ekzema lebih kerap berlaku pada kanak-kanak. Lebih membimbangkan, jumlah pesakit kecil yang mengalami ekzema semakin ramai. Antara faktor menyebabkan perkara ini ialah perubahan persekitaran (cuaca) seperti peningkatan suhu dan kelembapan.

“Selain itu, pencemaran alam sekitar, termasuk penggunaan bahan kimia, bahan pencuci, logam dan kosmetik, boleh mendatangkan tindak balas alahan kulit pada pesakit ekzema,” katanya.

Walaupun sehingga kini tiada ubat khusus boleh menyembuhkan ekzema, ia boleh dirawat dan dikawal. Rawatan ekzema kini memberi penekanan terhadap pengurusan jangka panjang. Namun, paling penting ialah memastikan kulit sentiasa lembap dan lembut sepanjang masa kerana kulit kering mudah mengalami keradangan dan gatal.

Pakar Dermatologi Fakulti Perubatan Universiti Harvard, Dr Lynn Drake, berkata untuk mengekalkan kelembapan kulit pesakit dinasihat menggunakan pencuci yang bebas sabun dan mengamalkan rutin penjagaan kulit dengan serius.

“Penggunaan bahan pencuci yang tidak sesuai boleh ‘mengikis’ lapisan pelindung semula jadi pada kulit, terutama bagi individu yang sensitif. Jika ini berlaku, pesakit berisiko mengalami pengulangan keradangan.

“Kebanyakan kes ekzema yang berlaku di Amerika Syarikat disebabkan penggunaan bahan pencuci yang terlalu kuat atau sabun dan kosmetik mengandungi agen menghakis lapisan lemak pada sel kulit. Ibu bapa yang ada sejarah ekzema perlu lebih berhati-hati apabila menggunakan bahan ini kepada anak. Ini kerana bayi mempunyai kulit lima kali lebih nipis berbanding orang dewasa dan kesannya lebih teruk jika mengalami ekzema,” katanya.

Ini sebabnya pakar menyarankan penggunaan bahan pelembut kulit kerana ia bukan saja penting untuk mengelak keradangan berulang, tetapi ia mampu memperbaiki lapisan perlindungan di atas kulit. Kaedah mudah dan murah ini juga berkesan dalam membantu pesakit mengawal serangan ekzema dan mengelak kesan sampingan penggunaan ubat mengandungi steroid jika diambil dalam jangka masa lama.

Katanya, sebarang jenis pelembut kulit boleh digunakan, sama ada krim, losyen, gel atau minyak bayi berdasarkan kesesuaian dan keselesaan pesakit.

Bagaimanapun, individu yang ada kulit sensitif disaran mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu, terutama sebelum menggunakan pelembut mengandungi pewangi dan pengawet.

“Bahan pelembap kulit ini perlu disapu sekerap mungkin mengikut keperluan dan keadaan kulit setiap pesakit. Perlu diingat, kulit masih perlu dilindungi dan dibelai walaupun tidak lagi mengalami keradangan. Jika pesakit menggunakan bahan pelembut mengandungi steroid, tunggu antara 10 hingga 30 minit sebelum menyapu pelembap untuk mengelakkan steroid dicairkan oleh pelembap,” katanya.

Amalan

Ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengelak keradangan kulit iaitu:

  • Hadkan sentuhan dengan bahan yang boleh menyebabkan kulit radang. Ini termasuk bahan pencuci, sabun, sesetengah losyen dan bahan peluntur.
  • Pakai sarung tangan untuk melindungi kulit ketika mencuci kain atau pinggan.
  • Jika anda bercuti pada musim dingin, pastikan anda memakai sarung tangan sepanjang masa. Cuaca dingin boleh mempercepatkan kulit menjadi kering.
  • Pakai pakaian yang dibuat daripada kapas.
  • Gunakan bahan pencuci atau cecair mandian yang lembut.
  • Elak mandi dengan air panas.
  • Sapu ubat selepas mandi. Ubat untuk ekzema biasanya mengandungi steroid dan dapatkan nasihat doktor jika ia tidak menunjukkan kesan selepas tiga minggu.
  • Gunakan pelembap kulit setiap hari.
  • Jangan garu bahagian kulit yang gatal. Ia menyebabkan keradangan kulit menjadi lebih teruk.
  • Belajar menangani tekanan. Tekanan boleh merangsang ekzema dan menyebabkannya bertambah buruk.
  • Teruskan penjagaan kulit walaupun tiada tanda keradangan.


  • sumber : wordpress

    6 comments:

    1. get well soon Nani (;
      haishh~ semakin teruk kulit awak kan..

      ReplyDelete
    2. nani saba ok .
      ikot cakap doc & bykkan berdoa

      ReplyDelete
    3. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete

    kata