like this blog?

Monday, December 27, 2010

sekitar stadium bukit jalil

hai assalamualaikum dan selamat hari isnin. wah? isnin? ini bermakna kurang seminggu aku bermaharajalela kat rumah? lepas ni nak balik kedah dah. oh tidaaaakkkk. oh okay aku bukan nak cerita pasal cuti. haha. aku nak cerita pasal suasana kat bukit jalil. tapi aku tak jugak nak cerita pasal bola ye. sebab aku bukan pengulas sukan. tambah2 ramai dah yang jadi pengulas sukarelawan. kan kan kan hehe well done! :)

okay aku bergerak dari rumah dalam pukul 5 petang tepat lepas asar. bajet awal dah tu kan? konvoi 2 kereta estima dengan myvi seramai 14 0rang. walaweh semangat gila rakyat malaysia ni kan. kami bertembung kat highway je semua melambai2 dan mengibarkan jalur gemilang yihaa. macam ni la semangat yang kita mahukan. semangat tanpa mengenal sape. entah sape2 la yang kitorang lambai tu haha best.

*get ready untuk gerak yeah*

woah sampai2 je tak sampai pukul 6 pun dah jem teruk! parking punye la banyak kat Gate C tu tapi tak boleh masuk pulak. haiyaa. terpaksa la park kat TPM college. mak aii macam tak jauh pulak la kitorang berjalan kan, siap redah hutan segala macam ala2 jungle trekking dah. haha. tapi tak terase sangat la sebab berjalan beramai2 yihaa semangat2.

*jauh park wei, macam jungle trekking dah*

sampai gate hijau je mak aii ramai gila. dah lama pulak aku tak tengok bola kat stadium kan. aura dia lain wokk. hihi. masuk2 gate je cari seat. ke hulu ke hilir naik turun tangga entah berapa kali merayau cari seat. serious full house okay. ramai gila tak dapat seat kot. adoi pihak penganjur ni jual tiket ikut seat ke tak? dah macam explorace game dah kami cari seat tingkat atas tingkat tengah tingkat bawah blabla. wei ifwat, kau nampak aku bukan nak tegur pulak kan? haiyaa ;p

*ramai gila meriah kot dengan ombak, tema bola*

at last, aku terpisah dengan keluarga aku. haha memang terpisah dah bersepah2 semua dah. takkisah la balik pandai cari la, nak call mesej memang tak dapat dah. line jem kot. mesej pun sending failed and not delivered. redha jela. ayuh sambung tengok bola, tak lari mane pun diorang kan. hehe.

*muke frust takdapat seat hihi*

okay sepanjang aku membesar tengok bola kat stadium, ni first time aku tak dapat seat! serious wei. mase aku tengok Sukan Sea 2001 final Thailand vs Malaysia full house pun aku still dapat seat tau weh. first half aku tengok berdiri terjengkit2 tertolak2 kat laluan tu adoi. kena halau pun semua buat bodo je, haha 1malaysia betul penyokong malaysia tak berganjak! 2nd half, ade yang dah gerak. aku cepat2 selit kat tempat berdiri depan. alamak, ade lagi mamat kat depan ni menghalang pemandangan aku. then dia kata "dik, abang duduk kat besi ni, adik tengok la eh" walaweh! serious aku tabik kau la bro! baik hati sungguh. lepas tu kan, jelas terang lagi nyata aku dapat tengok bola tanpe sebarang halangan, kalau ade halangan pun orang tolak2 jela, takkisah la. bukti dia, aku dapat ambil gambar dan record dengan jelasnye, hihi.

*malaysia boleh!*

then dah habis, kami pun pulang dengan senang hatinye. takkisah la kena berdiri pun tapi berbaloi2 la. semangat dan aura tengok bola kat stadium tu lain tau? dari kecik aku dah diajar tengok bola kat stadium tau hihi. mase balik tu kan, lalu la bawah tangga, sekali peh tetibe basah baju aku, basah beg aku! free2 kena bekas air sekali. apekah? kena siram dengan air sirap? siot betul sape la punye angkara. sabar jela. cool2, kite menang wei! haha :D

then balik la beramai2 bersesak2 dengan hati yang senang gembira. takkisah la kene siram ke, kene berdiri ke, kene bersesak ke. harap2 2nd leg pun malaysia menang la. amin :)

PS nak tengok banyak gambar dan video, sila singgah facebook aku ye terima kasih!

4 comments:

  1. yeay!good job lah Malaysia.kau sefamily pon terbaek nani! TAHNIAH.

    ReplyDelete
  2. atok nmpak nani kat sana, kat tgh jlan dgn adik ke sapetah. hee

    ReplyDelete
  3. aku tgok kat umah siap baring2 lg..
    haha

    ReplyDelete

kata