like this blog?

Monday, May 16, 2011

drama ; cliche

*sekadar gambar hiasan*

Hello there. Hari ni kan bosan2 aku tengok la drama Melayu kan. Haha dah bosan tahap gaban so tengok jela apa yang rasa nak tengok. Then aku terfikir patut la semua drama Melayu ni bosan. Cerita mesti kita akan tau plot dia macam mana, babak dia pun kita dapat teka. Lepas tu cerita Melayu nak berat2 je cerita dia, yang memeningkan dan memberatkan kepala otak. Bukan nak kata cerita Melayu tak bagus, okay la jugak kalau ada pengajaran tu kan. Tapi entah la, aku bukan pakar mana pun nak kritik, just pendapat jela.

Jom kita senaraikan babak2 atau plot yang cliche dalam cerita Melayu :-

1. Drama mesti ada orang jahat orang baik. Orang baik mesti lembik tapi orang jahat mesti licik gila. Tengok jela, ada satu cerita tu. Kalau orang baik nak plan nak perangkap orang jahat, mesti ada2 je wakil orang jahat yang terdengar perbualan diorang then akhirnya kantoi. Kalau orang jahat buat plan, orang baik takde pulak nak terdengar ke terkantoi ke.

2. Kalau salah seorang pelakon mengamuk, mesti dia tolak hempas segala barang yang ada depan dia. Contoh la dia tengah mengamuk then depan dia da meja makan, habis la makanan2 barang2 kat meja tu dia tolak jatuh ke bawah. Then berterabur la benda2 tu semua kat lantai. Boleh pulak dalam drama nak mengamuk macam tu kan? Aku rasa la kalau real punya memang tak la kau nak mengamuk macam tu, confirm mak kau mengamuk balik then cakap "kau kemas balik! Amboi habis pinggan mangkuk aku kau pecahkan macam tu je ye? Ganti balik!" Haha lol.

3. Babak wajib mesti dekat meja makan dan bilik tidur. Tengah cakap2 kat meja makan then kalau tak puas hati je ada isu2 sensitif mesti bla macam tu je taknak makan. Kalau aku dah lapar ke kena marah ke apa ke, makan jela. Rezeki kot weh. Aiyo. Lepas tu kalau bab2 kat bilik tidur, mesti ada babak si isteri sikat rambut sambil bercakap dengan suaminya yang leka membaca buku, tapi suaminya macam nak taknak je layan. Then suami dia malas nak layan terus tidur, lepas tu bini dia pun start la membebel. Haha selalu je ada, pergi la korang tengok balik drama2 Melayu ni.

4. Tengah syok2 gembira tu, atau ada yang nak kawin tu, ada je halangan. Tiba2 ada yang jatuh sakit la, tiba2 baru tau hubungan sebenarnya adik beradik kandung la, apa la. Apa benda entah la. Ya, memang sakit tak boleh nak tolak, tapi kalau dah selalu sangat setiap drama Melayu macam tu, tak ke bosan? Kita mesti dah dapat agak punya apa jadi.

5. Mesti pasal dunia2 korporat la, berebut harta la, berebut kuasa la. Lepas tu, rupa2nya yang dapat harta lebih dengan kuasa CEO kononnya sepatutnya dapat kat watak yang kita tak sangka. Then jadi la kaya-raya sekelip mata. Yang tu takpela, maybe rezeki dia. Lepas tu timbul la macam2 konflik la. Semua berebut ambil hati si orang kaya baru la, padahal belakang dia macam2 plan nak jatuhkan dia dan rampas harta. Lepas tu kalau si pewaris tu lelaki, mula la macam2 ada la si polan goda kat dia la, maklum la, kaya. Kalau ada awek lama yang dah bertahun2 kenal, lepas tu tinggal macam tu je dek terpengaruh hasutan si polan penggoda tu la. Ish2 cerita Melayu memang la macam tu eh?

6. Bab2 mengata mulut dan bawak cerita. Selalu terjadi masa babak kat kampung la. Pergh gila takde adab sopan ke apa. Budi bahasa mana la pergi. Tapi nak buat macam mana, dah pengarah suruh buat babak macam tu eh? Ada yang aku tengok kebanyakannya, orang2 kampung dok mengata. Contoh Makcik A sokseksoksek dengan Makcik B, depan Makcik C terang2an pulak tu. Apa la perasaan Makcik C tu kan, ish takde adab langsung. Memang cliche la nak buat macam mana. Haha lol. Macam mana la nak maju Melayu ni. Sikit2 nak mengata. Ish2

7. Babak lalai. Kalau orang kampung datang bandar, konon nak ubah nasib la. Then pergi kedai beli barang, tengah dok khusyuk2 belek barang yang dah dibeli tu, purse pulak dia pergi letak dekat tepi dia tu then tertinggal. Lepas tu dah jauh gerak mula la kelam kabut. Then ada la orang yang baik hati nak tolong. Dia pun dah takde sape2 percaya jela cakap orang tu, konon baik la kan. Then bila dah percaya bulat2 baru la nak menyesal lepas kena rogol ke, kena jual dek mak ayam ke. Adoi kalau takde babak macam ni takde ke? Nampak sangat nak tunjuk Melayu ni memang cuai la eh. Huhu.

8. Kalau watak tengah sakit atau kena tembak atau kena bunuh, mesti boleh dok nangis2 lagi. Apa la drama Melayu ni pergi meratapi dok nangis tak tentu hala kenapa la? Buang masa betul. Takpasal2 mati jugak kat situ. Biasa la, nak tamatkan cerita. Apa daa. Kalau real punya, takde la nak tunggu2 buang masa. Kelamkabut semua bawak cepat2 pergi hospital. Takde nak lengah2. Nyawa kot. Nama pun drama. Hehe.

9. Drama Melayu yang masuk wayang CONFIRM keluar masa raya kat tv3 atau astro. So korang takpayah la nak susah2 bazir duit nak pegi tengok wayang. Tunggu jela raya, tak lama pun. Takpun beli la Astro Fiest, boleh tengok ulang2. Hihi. Bukan taknak sokong cerita tempatan, tapi kekadang tu macam tak berbaloi la. Tapi certain cerita memang berbaloi tengok kat wayang. Macam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah, Magika, Merong Mahawangsa dan lain2 la. Takpun taksabar sangat, tunggu je kat YouTube, confirm ada. Hehe.

10. Korang fikir la sendiri. Tak larat and malas dah aku nak analisis. Pandai2 la menilai. Setiap orang lain pendapat. kan2

PS Ni pendapat aku je, takde kena mengena dengan sesiapa. Jangan nak emo eh. Peace! :D

2 comments:

  1. haha tepat sekali nani. setuju. :D

    ReplyDelete
  2. haha tau takpe kan nurul. ape benda la :D

    ReplyDelete

kata