like this blog?

Thursday, August 11, 2011

puasa // rindu


Nostalgia, terlalu banyak. Dari usia satu digit hingga dah 20-an.

Sahur zaman budak.
Ummi selalu kejut bangun sahur, tapi tak lepas.
Selalu hantar bergelas air untuk bawak sampai atas.
Bagi kami adik beradik isi sedikit dari nanti perut memulas. 

Sahur zaman asrama.
Masa baru nak masuk asrama.
Kena berdikari, Ummi nak cakap apa.
Kawankawan yang selalu kejut sahur sama.
Senior tak berapa nak guna, sistem entah apa apa.
Dah tak tahan, balik rumah setiap minggu tak kira masa.

Sahur zaman Uni Part 1.
Aduh, Kedah. Sape nak kejut nanti.
Masa ni nasib ada roommates baik hati.
Tolong kejut sahur sama sampai berhari hari.

Sahur zaman Uni Part 3 & 5.
Dah mula belajar bangun sendiri. 
Tapi masih liat masih tekan snooze berkali.
Akibat memang tak bangun terlajak sampai ke pagi.
Kadang nasib baik ada yang tolong siap kejut lagi sekali. 
Sekarang, dah 20 tahun zaman part 5 pun orang kena kejut lagi.
Takpela bukan selalu pun cuma setahun, sebulan dalam 30 hari. Hihi.

---------------------------------------------------------------------------

Berbuka masa budak.
Semua rasa lapar semua je nak beli.
Tapi takboleh nanti kena marah dengan Ummi.
Sebab tak habis nanti membazir tak boleh beli lagi.
Sudah! tak berapa ingat cerita sebab masa tu kecik lagi. Hihi.

Berbuka masa asrama.
Tak campur dua jenis jantina.
Nama pun famous macam sekolah agama.
Junior senior berbuka asing tak sama entah apa.
Macam ada diskriminasi perkauman ke usia apa taktau la.
Junior hanya di Ruai, senior bersenang di Dewan Makan serbaguna.

Masa aku senior, aku la ketuanya.
Tambah pula aku pengawas berjawatan ketua
Lagi la berbuka ikut suka ikut sendiri punya kepala. ;p
Selalu berbuka malas turun tapau makan dalam dorm jela.
Sampai pernah kena denda dengan warden garang macam singa ;p

Berbuka masa Uni Part 1 // Part 3 // Part 5.
Selalu bilik kecil sempit tempat untuk berbuka.
Dah ditakdirkan duduk bilik tu nak buat macam mana.
Tapi takpe, semua bersidang makan duduk bersila sentiasa.
Yang sempit tak terasa, tapi bersyukur sangat gembira bahagia,

Masa Part 3 pindah bilik yang besar ruangnya.
Adat berbuka masih sama duduk bersila bersidang kesemuanya.
Tapi yang lain kali ni berbuka lauk letak atas meja comel itu la bezanya.
Makan sambil tak cakap tak bersembang bercerita memang tak sah la gayanya. 

Masa Part 5 lagi la maju berbuka kat rumah sewa.
Kalau rajin masak kalau malas pergi bazaar la jawabnya.
Masih kekal adat yang sama, duduk bersidang bersila kesemuanya!!

HAHA okay entah apa jela aku coret kat sini. Saje je pun. Rindu kenangan dulu. 
Selamat berpuasa ye kawan sekalian. Berbuka tu berpada la nanti membazir taktau nak jawab apa ;p

3 comments:

  1. rindu lah kat ko nani . rindu kat ostel . sahur makan sandwich wat sendiri kan kan ? haha . klaka jea . aku nak biskut ko tuh . salu amek kat ko . hehe . imy dear . :)

    ReplyDelete
  2. kannnnn. buat sandwich! tiap2 minggu sorang kena beli roti n sardin then share2. kite2 junior je wey. pastu tdo ramai2 kat bawah. rinduuuuu :')

    ReplyDelete
  3. makin besa, bese2 je buka pose. skrg nie beli ikut keperluan bukan kehendak

    ReplyDelete

kata