like this blog?

Thursday, September 6, 2012

Sweet dreams and night mare.

Assalamualaikum. Hello readers! Lama tak update blog. Rasanya dah ramai pun yang tak singgah sini dah. Bukan macam 2009 semua orang rajin baca blog walaupun strangers pun. Rindu pulak masa tu kan, dapat kenal ramai bloggers dan ada tu masih keep in touch sampai sekarang. Dengan adanya facebook dan twitter. Hiks. 

Sweet dreams.

Sebenarnya aku nak update pasal convo haritu. Sepatutnya kena la ada ukiran cerita dia kat sini supaya bila dah besar nanti *eh macam kecik lagi pulak* boleh la flashback kat blog ni. Haritu kan kita convo hari Isnin, 14 Mei 2012. Seronok sangat convo ni rasa macam berbaloi penat lelah masa study walaupun tak la gempak mana pun. Tak dapat pun merasa selempang pink tu. Sobs :( Tapi apa pun bersyukur still ada bintang kat nama. Hihi. Masa convo ayah tak ada since dia kerja kat Saudi masa tu, ada Umi, Abang dan Akmal je sebab masa tu Banglang pergi PLKN, Mira ada tuition. Tapi terubat la walaupun tak complete still ramai kengkawan datang bawak hadiah dan bunga, happy tahu? Oh siapa yg datang eh? Nanti kita tunjuk gambar diorang ye? ;)

Family yang ada. Akmal, Umi dengan Abang

Faten, Farah E., dengan Mizah

Encik N dengan Farah E

My lovely roommates, Ika dengan Kinah

my favourite girs, Dayah dengan Farihin

My happy family, a week after discharged.


Night mare. 

Tapi dalam kegembiraan nak naik pentas, pakai baju cantik, still ada rasa sakit masa tu. Apa dia? Sakit kulit. Masa ni, kat bahagian dua belah kaki dah ada luka besar berair, kat dua tangan dengan leher just ada merah pedih belum tahap luka lagi. Jari jemari dah luka berair jugak. Masa tu Allah je tau, macamana rasa pedih bila pakai baju dengan jubah yg panas tu. Tambah lagi dalam dewan yg crowded tu. Bila jalan naik pentas memang jalan macam biasa walaupun kaki dah luka berair dan melekat kat kain baju kurung. Pedihnya :'( Lepas habis sidang convo, terus pergi jumpa kengkawan dengan family ambil gambar. Dah tak sanggup nak pusing dewan cari kawan lain sebab keadaan pedih masa tu. Ambil gambar org yg ada kat sekeliling je. Dalam gambar, mesti la kena nampak happy je bukan? :)

Seminggu lepas convo, dah MC seminggu sebab tak mampu nak pergi kelas. Jujur aku cakap, even nak baring pun rasa pedih. Seluruh badan masuk muka dan kulit kepala semua rasa berair. Badan rasa sejuk tapi kulit badan rasa panas, berair dan berpeluh. Even baring kat katil pun katil basah sebab air bisa. Sampai satu tahap tu tak sanggup nak baring. Mandi pun berjam sebab pedih, sambil menangis menjerit semua ada. Dah tak tahan sangat pergi HKL bahagian emergency masa hari Ahad, diorang tak boleh tolong, suruh tunggu appointment hari Jumaat yang sepatutnya. Seminggu adik dan umi hantar air makanan kat bilik. Rambut pun terpaksa potong pendek gila sebab kulit kepala dan tak elok, dan tak selesa. 

Dermatology Department, HKL

Hari Jumaat, 25 May 2012 dermatologist suruh masuk wad. Masa tu tak tau nak cakap apa. Rasa takut pun ada. Tapi dalam seminggu tu, dah makin baik sebab sehari lebih 20biji pil dia bagi, layanan nurse dengan doctor terbaik, makan pun best pilih western, keadaan wad pun selesa macam private hospital, semua la best. Ramai kawan dan sepupu datang. Masa tu rasa dihargai sangat. Ada tu kawan yang dah lama tak jumpa menghilangkan diri pun datang melawat. Ayah n Umi tiap hari datang bawak lauk sebab kat wad makan western je. Makan pulak 6kali sehari, dari 44 kg terus jadi 49 kg lepas keluar wad. Ubat pun nurse sapukan. Best pulak rasa. Hihi. Seminggu jugak la masuk wad then esok tu boleh hyper drive pergi KidZania? Adoi :D

Sejak haritu, 3 minggu MC memang banyak kelas aku tak datang. Hampir extend tapi gagah jugak nak ambil final exam walaupun masa tu lagi 2 minggu final termasuk seminggu study week. Dah buat yang terbaik walaupun tak berapa cemerlang. Tapi tetap bersyukur sebab result dapat atas 3 pointer dan tak ada gagal. Alhamdulillah. Dan sekarang, masih dalam rawatan sendiri kat rumah dengan bekalan ubat sapu dan ubat makan satu bakul besar. Doakan aku sembuh sepenuhnya ye? Harapnya dah tak ada sakit teruk lagi. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin. 

Terima kasih buat semua yang mengingati dan mendoakan. :) 






6 comments:

  1. nani! moga cepat sembuh sepenuhnya! Amiin. :)

    ReplyDelete
  2. bestnya dh konvo!
    lya bulan 11 bru merasa

    btw get well soon ye =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha xpela asalkan rasa. thanks babe :D

      Delete
  3. Awk sakit apa ya syg? Btw congrats dpt 3pointer and above even byk minggu xmasuk kelas. U are such a superheroin! Goodluck and get well soon ya! :)

    ReplyDelete

kata