like this blog?

Sunday, June 27, 2010

perubahan usia


Assalamualaikum wbt, tak jawab dosa tau :D

Atas ni gambar aku masa kanak2, saje nak letak hihi. Okay takcomel, diam :p

Haih semalam kan aku pegi hantar adik aku tu kat UiTM Sri Iskandar, Perak. Agak penat j
ugak la, sedih pun ada jugak. Harap2 dia pandai la hidup kat sana eh. Dah besar dah kau kan macam takpercaya hehe.

Aku nak cerita pasal perubahan usia hidup kita ni. Sedar tak sedar dah nak masuk 20 tahun dah umur aku ni, lagi 6 bulan je. Mak aih aku rasa macam tak sanggup pulak nak tinggalkan usia belasan. Usia belasan ni baru nampak remaja. Haha. Okay ape kata kita lepak je, senyum sentiasa supaya awet muda. Takkisah umur kita berapa kan? :)

Aku terfikir, kita membesar dengan adik-beradik kita. Walaupun aku hari2 gaduh dengan a
dik2 aku, tapi semestinya aku sayang kat adik2 aku. Masa kecik2 dulu, berebut la, menjerit2 la, pukul, cubit, gigit, belasah, tarik rambut, sepak, tolak, semua ada la. Sampai luka berdarah pun ada. Haha ganas sungguh. Adik beradik 5 orang macam 10 orang. Ayah aku pun takpernah buat macam tu kat anak2 dia kan. Yela, sebab kami dah buat sesame sendiri. Haha okay2 tak lawak.

Dah besar sikit pun masih nak bergaduh. Biasa la tu ada je takpuas hati. Terutama denga
n yang perempuan tu, memang gedik gila la kan. Dia ada backup besar, Ayah. Sebab tu la aku, abang, banglang bergabung tenaga haha. Tapi kalau dah kuat sangat gaduh tu, habis la tiap sorang dapat hadiah free. Tapi tetap tak serik2. Hihi.

Bila dah remaja, sejak ayah duduk kat Arab Saudi, dah pandai berdikari sikit. Cuti sekolah je jalan2 lepak2 same2 dengan adik beradik atau sepupu sebaya. Tengok la nak lepak mana, PAS, SACC Mall, Midvalley, Times Square, Sunway Pyramid, Bukit Raja atau mane2 jela. Tengok wayang same2, main bowling same2. Habis duit umi dengan ayah same2. Hehe. Memang la banyak duit habis, tapi duit boleh dicari, kenangan sesame adik beradik masa ni takb
oleh dicari tau?

Sekarang, semua dah besar. Aku pulak dah tercampak kat Kedah yang jauh tu. Adik bawah aku, abang dah tercampak kat Perak. Sekarang tinggal la 3 orang je anak umi kat rumah ni. Hantar abang je memang dah rase sunyi la. Takde sape nak gaduh, takde sape nak jadi bodyguard dan co-pilot aku. Aku pun macam dah malas nak keluar, so kalau kena beli barang, banglang pulak jadi mangsa kena teman aku. Haha.

Apa jadi 10-20 tahun akan datang eh? Bila semua dah ada life masing2, kalau semua dah ka
win, semua dah matang, kena tumpu hidup baru yang lain pulak. Takde dah nak merengek2 bergaduh menjerit takpuas hati. Mesti aku akan rindu suasana tu. Kalau la aku ada DORAEMON, aku nak pause umur aku sekarang ni. Tapi apakan daya, hidup mesti diteruskan.

Sedih la pulak wei. Saje nak emo la kan. Haha apa pun kalau aku ditawarkan RM 1b pun aku taknak tukar dengan keluarga aku. :')

22 comments:

  1. wa'salam. hehehe ;))
    wahh...nani tyme kecik.
    chomely nya dia.
    tu dgn adikk yg pegi sri iskandar tu yeh ?

    ReplyDelete
  2. 10 thn akan dtg mungkin nani dh kawin punyai anak =)

    ReplyDelete
  3. kin :

    hehe bagus, insyaAllah ganjaran pahala utk anda. :)
    alamak comel ke, rambut megi la kin agaga :p
    yup2 tu adik saya yg pegi sri iskandar tu. beza setahun je, dah macam kembar :D

    ReplyDelete
  4. lya :

    mungkin, tp pasti lebih rindu zaman kanak2 :(

    ReplyDelete
  5. elelelele kak long... rindu kat abang laa tuh.. hehe...

    ReplyDelete
  6. whoaa.mmg pon.pasty missed zaman kanak2 nnty. :'( tyme umur2 cmniyh lah mase nk enjoy2 dgn sibs kn?huh!nani,aku plak sebak bace post kau neh.ape2 pon,idup mesty diteruskan.

    ReplyDelete
  7. bahahahabhahaha babe comel killerrrrr gamba mse kecik tuuu, rindu zaman kanak2 :'(

    ReplyDelete
  8. anith : haha agak la. biase la tu kan :)

    ReplyDelete
  9. shazzy : haha comel ke rambut kembang tuuu.
    same la kite rindu zaman kanak2 :(

    ReplyDelete
  10. lepas ni da tade teen da.
    :)
    btw. pic atas sekali tu comel la.

    ReplyDelete
  11. muke same cm adik eh?
    dla ingt nani yg cm laki tu.
    wahaha~

    ReplyDelete
  12. kalau tak tua tahu apa itu hidup kan? melainkan kita tahu cuma bermain :)

    ReplyDelete
  13. naz : betul tu betul hehe :D

    ReplyDelete
  14. ili : haha mu lagi comel la :)

    ReplyDelete
  15. haha
    nani,
    aku da pon merasa idop kau 10-20 taun akn dtg..

    ReplyDelete
  16. apih : haha yela tu thanks :D

    ReplyDelete

kata