like this blog?

Friday, July 30, 2010

debat Karnival Bahasa (KASA)

ranking pendebat keseluruhan

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca yang dikasihi.

Sebelum saya memulakan sesi penghujahan saya, izinkan saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi atas kurniaan kemenangan sidang perdebatan saya pada hari ini.

Ececeyy pengaruh debat pulak, okay cukup2 hehe :D

Pada 30 Julai 2010 bertempat di blok C, Karnival Bahasa telah mengadakan pertandingan debat yang dianjurkan oleh Kelab Debat & Bahasa.

Aku sebenarnya masuk dalam keterpaksaan + kerelaan sikit2. Aku masuk pun atas dasar aku ahli kelab debat, di mana pendebat UiTM Kedah itu sendiri yang memberi peluang untuk aku terus mengasah skill berdebat.

Aku sangat la tidak bersemangat pada mulanya, kerana atas dasar sibuk dan banyak kerja serta malas lagi. Haha. Aku redah jela dengan berbekalkan laptop serta CELCOM broadband untuk mencari bahan selama 30 minit sahaja dalam sesi kuarantin. Memang agak gelabah bahan tak cukup tapi yakin jela.

Untuk pusingan pertama, kumpulan aku sebagai delegasi kerajaan membawakan usul "Kanak2 perlu lebih bermain" telah ditolak! Ini bermakna team aku kalah la der. Haha. Aku taktau kenapa aku rase seronok dah kalah. Sebab aku nak blah cepat2. Dengan penat & ngantuk lagi memang malas la kan. Tetapi, margin kami adalah 1 di mana ia kalah tipis je, dengan pungutan mata sebanyak 235, menduduki tangga kedua keseluruhan. Apekah? Kalah bermaruah la tu. Haha. Haish.

Pusingan kedua, kumpulan aku sebagai barisan pembangkang sepakat menolak usul yang dibawa oleh pihak kerajaan iaitu "Malaysia : Model terbaik demokrasi". Keputusannya, usul ditolak. Bemakna team aku menang la der. Haha. Dengan margin 2, keseluruhan mata terkumpul sebanyak 460, jumlah mata tertinggi untuk kumpulan A dan masih di tangga kedua keseluruhan. Apekah? Tiba2 kumpulan aku diumumkan masuk pusingan akhir. Ape ni weh? Aku terkejut gila2 kot sebab sangat tak sangka. Aku betul2 tak harap, lagi nak kalah ada la. Aiyo.

Lepas tu terus la kelam kabut buat persediaan akhir dalam masa hanya 30minit. Adoi memang agak gemuruh & blur la kan. Tapi dah alang2 menyeluk pekasam, biar la sampai pangkal lengan. Genggam bara api biar sampai jadi arang. Memang semangat giler la kan. Hehe.

Aku telah dipilih menjadi barisan pembangkang, membangkang sekeras2nya tajuk "Perkahwinan bukti cinta".

Masa perdebatan akhir memang aku kehilangan banyak ayat. Betul2 main redah. Aku dah redha & tawakal keputusan ape nak jadi pun jadi la. Sekurang2 nya aku dah cuba yang terbaik. Pihak2 hakim pula berkias2 tentang keputusan. Lantak la kalah pun kalah la. Lepas tu, penasihat debat merangkap ketua hakim mengumumkan keputusan ;

USUL PADA HARI INI DITOLAK!

Okay, aku terima, ditolak? Kalah la. Redha. Pastu semua dah cakap tahniah? Oh! Aku lupa aku barisan pembangkang so semestinya usul ditolak bermakna barisan aku menang! Haha sumpah lawak sebab aku boleh blur?! Tak sangka kot weh. Aku tak prepare langsung. Main cakap je.

Ranking pertama pendebat terbaik, team aku, Aida. Aku hanya mampu dapat no.2, okay la tu kan. Syukur Alhamdulillah walaupun tak seberapa dan banyak perlu diperbaiki.

Pembelajaran debat hari ini sangat mematangkan aku. Aku sangat menghargai ape yang aku dah dapat & terima segala komen hakim dengan hati yang terbuka.
Aku harap aku akan sentiasa menceburi dunia perdebatan dan akan terus belajar untuk meningkatkan kemahiran berdebat :)

5 comments:

  1. Tahniah my dear...dapat hadiah tak?

    ReplyDelete
  2. whoaaaaaaaaaa !
    terbaekk plak kan.
    2nd best debater.
    okay la tu.
    CONGRATS NANI (:
    chaiyokk chaiyokk.

    ReplyDelete
  3. fuh fuh fuh.hebad nye kau nani.keep it up!bukan senang weh debat niyh.kn kn? aku minat je debat.tp, tade bakat. :'( goodluck nani!

    ReplyDelete
  4. perghh...
    diam2 berisi nani nih...
    ecehcehceh...

    ReplyDelete
  5. fuyoo! gempak la nani.
    congrats! ;)

    ReplyDelete

kata