like this blog?

Friday, August 13, 2010

Sunnah Nabi


Rasulullah mengajar umatnya beberapa panduan dan adab berbuka puasa. Antara adab-adab itu adalah :


1. Membaca doa yang thabit daripada Nabi saw.

Ibnu umar r.a berkata : " apabila berbuka puasa Nabi saw akan membaca : Hilanglah segala kehausan , segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala." (Hadis riwayat Abu Dawud)


2. Menyegerakan berbuka puasa.

Disunnahkan juga untuk menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk berzikir, membaca al-Quran kerana perintah Nabi saw. Rasulullah bersabda : " Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi dia menyegerakan berbuka. " (Hadis riwayat Al-Bukhari)


3. Berbuka Puasa Secara Sederhana.

Firman Allah S.W.T: "Wahai Bani Adam! Pakailah pakaianmu yang indah setiap kali kamu ingin ke tempat ibadah(mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampau."- Surah al-A'raaf: 31


Perlu diingatkan bahawa berbuka puasa bukanlah satu medan untuk dijadikan sebagai satu tempat untuk kita melepaskan geram kerana telah sehari suntuk kita tidak makan dan minum. Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan untuk melatih jiwa seorang muslim yang bertakwa lagi penyabar direalisasikan ketika berbuka puasa dengan memakan makanan dengan kadar yang tidak berlebihan.


4. Menjamu Makanan Untuk Berbuka Bagi Orang Berpuasa.

Menjamu makan untuk berbuka puasa telah dijanjikan dengan ganjaran pahala yang begitu besar. Semakin ramai jumlah orang yang dijamu makan, semakin tinggilah jumlah gandaan pahalanya. Sabda Baginda s.a.w: "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurang walau sedikit." (Hadis riwayat Al-Tirmizi no 735)


Bulan ramadan bukan bulan berpesta dengan makanan. Bulan Ramadan merupakan bulan pesta ibadah. Sehinggakan Nabi s.a.w menggariskan adab-adab berbuka puasa dan mengajar umatnya beribadah walaupun untuk berbuka puasa. Bersederhanalah ketika berbuka puasa, jadikan sunnah Rasulullah s.a.w sebagai asas kehidupan.


Sekadar renungan bersama, saya juga masih banyak yang perlu perbaiki.

Renung-renungkan dan selamat beramal :)


No comments:

Post a Comment

kata