like this blog?

Tuesday, November 30, 2010

persoalan

haih. dekat sejam aku fikir tajuk ape nak letak kat entry ni. nak cakap pasal ape. banyak rasenye nak cakap yang tak terluah. huhu. maaf adikku, zufairi. mood aku tak baik sekarang. kau bising pasal muka aku. cuba bagi kau kena, ape kau rase? bengang2. tak pasal2 kena bising kan. sorry eh O.o

nak dekat sebulan, muka tak baik2 lagi. aku jadi anak dara sejati. duduk rumah je. tak bersosial bersame teman2. malu, segan. kalau aku keluar, semua mata memandang aku. aku cantik? oh tidak sama sekali. ye, aku memang perasan, mereka manusia akan pandang dua tiga kali. seolah2 mahu tahu ape terjadi kat muka aku. okay, fitrah manusia memang nak tahu semua. huhu.

pergi pakar kulit kat DEMC. oh, beratus2 dah habis. serba salah tahu? jumlah yang bukan sedikit. boleh guna untuk makan. kasihan keluarga aku. tapi tak sembuh2, makin teruk. kenapa? okay aku sabar. mungkin effect dia lambat. entah la. muka semakin merekah, seolah2 melecur. haih. sudah la, jangan mengeluh. kan dah pegi pakar. ish.

lepas tu, ummi belikan aku Gauze Swabs kat farmasi. alaa yang benda jaring2 tekup kat muka tu. benda alah ni ummi suruh rendam dengan air zam2 yang ayah selalu bawak balik dari Saudi Arabia. sebelum tu, bace selawat dengan bismillah.

*muka kena tekup dengan jaring2 rendaman air zam2*

*air zam2 yang selalu ayah bawak balik dari Saudi Arabia*

finally, Alhamdulillah. dengan izin Allah SWT, muka aku bertambah okay. kesan2 macam melecur dah berkurang, kulit kegelapan makin cerah. kurang rase gatal. aku sangat bersyukur. lepas berminggu2 baru ade perubahan.

persoalannya sekarang, muka aku dah makin sembuh, dengan kesan ubat yang berlambak2 dari pakar tu atau berkat air zam2 je? sebabnya, aku telan ubat segala sapu krim, tak beransur pun. tapi sejak tekup muka dengan air zam2. MasyaAllah, hanya Allah je yang tahu macam mane perubahan tu berlaku dengan pantas!

air zam2 memang banyak khasiatnye. tak percaya? klik sini. :)

ape2 pun, aku semakin yakin aku boleh sembuh secepat mungkin. sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan DIA bersama dengan orang2 yang sabar.

wallahualam :)

12 comments:

  1. woahhh~ semakin beransur pulih.
    get well soon Nani.
    tak sabar nak jumpa Nani yang ceria dulu (: hehe

    ReplyDelete
  2. wow kuasa ALLAH tiada penafian :) cantik lah awak sekarang

    ReplyDelete
  3. betol lah nani.alhamdulillah.air zam zam memang banyak khasiat.untung lah korang.ayah selalu kirim air zam zam pure dari sana.

    GET WELL SOON,nani the bunny :)

    ReplyDelete
  4. husna ; hehe terima kasih husna :)

    naz ; alhamdulillah dengan izin Allah :)

    anith ; syukur sangat heee thanks babe :D

    ReplyDelete
  5. yui ; thank youuuu nurul hehe :)

    ReplyDelete
  6. Get well soon tau nani. boleh lepak2 ngan kau heheh... kalau kau tak sihat2 jugak, aku datang serang rumah kau je hahah :)

    ReplyDelete
  7. teha ; hahaha boleh2 semestinye hehe :D thanks babe :)

    ReplyDelete
  8. wahhhh,!!!!
    bgus lah tuh
    air zam2 gak beshh.! :)))
    bole merayap da lepas neh haha

    ReplyDelete
  9. farah ; hehe alhamdulillah, yup bole keluar melihat dunia. haha :D

    ReplyDelete

kata