like this blog?

Thursday, November 25, 2010

sanggul dan trend tudung?

assalamualaikum kawan2 semua. hari ni meh kita dengar ceramah sikit, yang selama ni saya sangat la musykil. hehe :)

perasan tak, zaman sekarang memang dah trend ke pakai selendang bersanggul? sampai ada yang sanggup beli sanggul palsu letak dalam serkup tudung tu. sesetangah tu ada nampak memang lawa, cantik, tapi sebenarnya? jadi, saya nak share dengan kawan2 perempuan saya ni. sebagai peringatan untuk kita dan diri saya sendiri. al-maklum la, kita ni bukannya perfect sangat. tapi tak salahkan, jangan tambahkan dosa yang dah sedia ada ni :)

*contoh sanggul tinggi*

*sanggul palsu yang diletak dalam serkup anak tudung*

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud ;

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidak aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan untuk memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Sanggul di kepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian," (Riwayat Muslim)


Sanggul rambut di kepala yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis dia atas secara mutlaknya. Boleh saja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat dan menarik perhatian lelaki bukan muhrimnya.

Kedua, cantik jugak kan kalau kita tengok orang pakai tudung sarung tu. Alaaa tudung yang depan dia ada keras tu laaa. tapi rase buruk je orang yang pin ketat2 kat belakang leher dia macam nak tercekik. buruk sungguh rupa. pakai la elok2 sikit.


tengok ni trend zaman sekarang. sebenarnya ni agenda kafir laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam. adakah ini satu kebetulan? dahsyatnya agenda kristian untuk menjahanamkan umat Rasulullah SAW.

"Barang siapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka," (Riwayat Abu Daud)

"wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutan atau dipin dibelakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan. gayanya tidak ubah seperti birawati kristian laknatullah. ketahuilah wahai wanita sekalian, agenda kristian laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar,"

jadi kawan2 dan saya sendiri, renung2kan dan selamat beramal :)

6 comments:

  1. nani,
    kalau yang bertudung pin ketat2 kat leher tu sedangkan dia tak berniat nak tiru biarawati cmne plak?

    ReplyDelete
  2. husna, yang tu taktau laa. sebab mungkin ade sesetengah yang taktau kan. kena tanye pada yang pakar :)

    ReplyDelete
  3. sanggul tu sape punye fesyen eh.. orang arab kan

    ReplyDelete
  4. hamzah ; orang syria kalau tak silap :)

    ReplyDelete
  5. me loike gambar roomate itu...
    whee..~~

    ReplyDelete

kata