like this blog?

Monday, December 20, 2010

surat cinta untuk drebar bas

pertama sekali bace dengan penuh perasaan okay kawan2, ditujukan khas untuk drebar bas SeMalaysia. *walaupun diorang mungkin tak bace pun* . sorry ayat tak baku okay. dah lame tak belajar BM walaupun BM aku A1, poyo! hihi :D

Ke hadapan drebar bas yang dihormati.

hai encik drebar. ape kabar awak? sihat? harap sihat2 la ye, boleh awak bawak bas dengan selamat. hihi. tujuan saye tulis surat ni bukannye nak mengorat atau merayu cinta awak. *erk geli* saya hanya nak secebis perasaan simpati je daripade awak. kenape saye? sebab saye antara salah seorang penumpang setia bas ekspres tau? taktau? ni la saye nak bagitau awak ni. hehe. awak mesti ade bace berita kan. sekarang ni asyik pasal nahas bas je. sebab ape? sebab pemandu sendiri. kalau ade enjin alat canggih semua tak gune kalau awak pun cuai. huhu.

awak oh awak. kenape la awak bawak bas laju2 sangat. awak nak kejar ape tu awak? awak nak cepat sampai ye? awak nak kejar trip ye? alaa kalau awak nak kejar trip kalau bawak laju2 nanti tengah jalan mati katak pun tak gune jugak kan? so baik awak bawak dengan berhemah sikit. kalau ade rezeki awak, takkan ke mane la. oh bukan kejar trip? elele awak malu2 pulak nak mengaku kan. abes tu awak kejar ape? awak penat? letih? tu la, kan ade pemandu tambahan, suruh la dia gantikan tempat awak, awak pergi la tidur kejap. jangan la tamak sangat. awak tak kesian ke kat kami penumpang awak ni? tolong la kesian sikit.

awak, cuba awak bayangkan. kalau awak ade isteri ke anak awak ke naik bas kan, lepas tu tibe2 diorang terkorban dalam nahas bas, gara2 kecuaian kawan2 awak pemandu bas tu sendiri. ape perasaan awak? sedih tak? takpun, awak tunggu anak2 awak balik jauh2, tibe2 ape yang awak dapat, jenazah anak awak yang balik. sayu tak? ye, memang betul ajal dan maut tak boleh dipertikaikan. kite kene terima dengan redha. tapi sekurang2nye awak sebagai pemandu bas cuba la ade usaha sikit bawak bas elok2, jage keselamatan penumpang. tu kan tanggungjawab awak. sekurang2nya kemalangan nahas dapat jugak dielakkan.

kalau la awak dapat bawak bas dengan berhemah, awak tau tak banyak benda boleh diselamatkan? selain nyawa manusia yang begitu penting, dapat jimat masa orang lain. contoh la kalau kemalangan kat highway, traffic akan jadi sesak dan sangat perlahan, banyak mase akan diambil. ape keadaan orang ramai yang nak gune jalan tu? diorang akan terlambat sampai ke destinasi, diorang mungkin ade hal lagi penting yang nak dikejarkan, dan macam2 lagi la. ini tak, gara2 awak yang cuai, orang ramai yang tak bersalah akan dapat tempias jugak. kan lebih elok kite mencegah daripada merawat.

ade sekali tu saya naik bas, dari Sungai Petani balik Shah Alam bulan 10, dalam pukul 3 pagi kot rasenye. saye tengah syok tidur, sekali saye terbangun sebab saye rase macam naik roller coaster! pergh, melayang2 bas awak ke kiri ke kanan. rase tak stabil bergoyang2. saye tengok luar tingkap bas, awak bawak bas kat lane kanan. heii awak taktau ke kenderaan berat kat lane kiri? huhu. orang2 dalam bas tu semua dah panik. ade yang bangun, berdiri nak tengok ape jadi. kakak kat depan saye dia dah siap call polis bagitau bas awak ni laju sangat. saya dah cuak gle ni. mane tau kot2 saye tak sempat balik rumah, Allah je tau macamane perasaan saye time tu. tawakal gle. lepas tu saya dengar cerita awak macam terlanggar ke tergesel kereta kancil rasenye. apekah? bas dengan kereta kancil? kejamnye awak! then dah lame2 tu baru awak berhenti kat tepi jalan. first time saya naik bas berhenti kat highway oh! semua turun keluar nak tengok ape jadi kat kereta kancil tu. ada sorang pakcik ni macam dah marah2 kat awak. hihi padan muke awak, tu la bawak laju lagi.

okay la awak. saye dah penat la nak taip surat ni untuk awak. tu je saya nak cakap kat awak. mungkin simple sangat bagi awak. tapi bagi saye dan kawan2 saya. ni sangat penting tau. nyawa tu bukan boleh ganti dengan wang ringgit. cuba bayangkan diri awak kat tempat penumpang bas. benda ni boleh jadi trauma dan fobia. tolong ye awak. okay?

oh ye, sebelum saye undur diri, saye nak tunjuk gambar2 kenangan kat awak. saye harap gambar2 ni awak simpan buat teladan ye. tak payah pulangkan balik gambar ni kat saye, saye bagi awak terus. nak lagi banyak, search sendiri kat internet. hihi.


sekian, wassalam.

yang benar,
penumpang bas

PS ;
1. bile la merbok ni nak ade airport, boleh naik flight, hihi :D
2. berhati2 di jalan raya, percaya setiap kejadian ade hikmahnya. wallahualam
.
:)

11 comments:

  1. betul!
    setuju ngn nani!!!!
    sila hantar surat ini ke utusan malaysia
    hehehe..

    ReplyDelete
  2. ni yang takut nak naek bas nih..aih..

    ReplyDelete
  3. abg umar ; haha macam la diorang nak bace ;)

    afiek ; tau takpeee :D

    ReplyDelete
  4. grrr.ngeri.tengok gambar excident najlaa tu :'( sob sob sob.

    ReplyDelete
  5. fuyoo! terbaik lah surat nani.
    mendayu2 gitu. hehe ;D

    ReplyDelete
  6. nurul ; haha penat korek idea kat otak ni hihi ;p

    ReplyDelete
  7. kalaulah kat Merbok ada airport, boleh kita balik naik flight sama-sama. heeee (:

    ReplyDelete
  8. husna ; tau takpe, stuju gilaaa :D

    ReplyDelete
  9. ha dlu klu aku blek dr merbok,jrg tidur.takut kot..
    eh try la nek ktm, beshhh.. tp 10 jam la. tp klu rmai2 ta rase sgt lamenye tuh.. :)

    ReplyDelete
  10. farah ; oh yeah. tau dah. tapi sebab lame la macam malas. nak cepat sampai hehe :)

    ReplyDelete

kata