like this blog?

Thursday, January 20, 2011

cheer me up


assalamualaikum kawan2. sihat ke awak? sihat je kan? alhamdulillah. tujuan post kali ni, nak meluahkan perasaan yang tak seberapa ni. agaga. banyak nak luah kat sini, tapi taktau la terluah ke tak. hihi.

1. berkenaan allergic melampau

sebelum pulang ke kampus halaman, alhamdulillah seronok muka dah sembuh sepenuhnya. teruja nak pergi ke kelas dengan muka sihat dan kuat ececey. tapi tak tahan lame, seminggu je dah merah2 balik. apekah? terus makan ubat ubat dan ubat. sampai la ubat pun habis. muka kejap okay kejap tak okay. punca? salah makan, cuaca kat Merbok yang panas terik masyaAllah, keadaan air yang entah bersih entah tidak.

silap makan sikit, habis la penuh merah2 muka aku wei. dah macam pakai blusher tapi aku tak rela! naik dari pipi sampai ke dahi. huhu. tak tau ape silapnye. asal usik sikit ayam, mula la naik merah2. aku takkisah la sebab aku tak makan sangat ayam. tapi yang tak bestnye, nak makan kfc pun takboleh! amek kuah ayam apetah lagi. dah la kat dining tu semua jual ayam je. hei, tak fikir ke orang lain yang tak boleh makan ayam? duh. asal kena merah2, pergh lambat la pulak nak baik.

kalau makan sayur je, aku okay lagi sebab aku memang pemakan sayur yang tegar. tapi sayur pun jarang2 jual. adoiii. ikan pulak boleh makan ikan2 tertentu je. tapi mane la jual ikan sangat. kalau ade pun ikan bawal, rm5 seekor tapi kecik tahap gaban. tak mahal la pulak kan? so aku decide taknak makan selalu, lauk takde yang aku boleh makan. asyik naik merah je. gatal2 pulak tu. ape kene tah. gle sedih tau dari kuat makan semua kena control, serious rase sedih. makin kurus la aku lepas ni. tak suke. sekarang pun kena banyak makan roti & cereal je. wuwu :(

keadaan merbok yang panas terik, memang aku langsung tak boleh nak redah kot. lepas redah je, mula la rase nak tepuk2 muka nak garu2 muka yang merah panas ni. duh! tak bebas okay. kalau nak jalan pun pagi2 je sebab panas tak terik sangat. nasib baik dapat tumpang kereta aida so terlindung sikit muka ni. tapi kesian la kat ainaa kena jalan sorang2, sorry ye babe. sobs.

bila la nak elok sepenuhnya tanpa perlu jaga pantang larang segala. Ya Allah, sembuhkan la penyakit kulit muka hambaMu ini. huhu. memang aku sedar, ada yang lagi teruk, tapi sampai bila? dah 2 bulan lebih dah ni. mana la nak tahan, aku tau, kalau kau kena pun tak mungkin kau kuat gle. mungkin kadang2 aku buat taktau tapi kadang2 terasa jugak. ergh, sabar jela.

2. berkenaan study

haih. lepas dah hampir 4 sem aku redah course Diploma in Public Administration. aku rase makin lama makin tough subjek dia. makin lama makin susah makin lama makin aku rase nak habis cepat2. aku dah tak sanggup weii. kau boleh la kata alaa, senang je, subjek baca2 je pun. memang la subjek baca2, tapi kalau dah tak minat nak baca macam mana? nak menghadap buku tebal2 memang mengantuk la. aku semangat yang ada bab kira2 je. memang laju la kan. even subjek kira2 lagi susah, tapi aku suka sebab takkan ngantuk punya, kau akan rasa lagi nak solve. macam sem 1, aku memang suke gle kot mase subjek mathematics. sampai demam mc seminggu gara2 H1N1 pun boleh menapak lagi pergi kelas maths tu. haha. berbaloi2 maths aku dapat A+ okay. hihi.

lepas tu naik sem 2 aku tak suka akaun! even ade kira2 pun tapi dah lain kot pattern dia. aku tak suka. tapi aku suka subjek microeconomics. sebab apa? sebab banyak kira2 hehe. yang ni pun mase sakit mata pun aku redah jugak amek test dia, then alhamdulillah masa final aku dapat A jugak. suka okay. tapi naik sem 3 aku mula la semangat subjek macroeconomics tapi dapat lecturer yang macam tettt terus aku jadi blur. aku semangat buat kira2 je tapi sampai bace2 segala aku dah blank. haha. so final okay la cukup makan, kehkehkeh.

then sekarang naik sem 4, yes! subjek yang aku tunggu2 subjek statistics yaw. main2 dengan nombor. yihaaa. memang mula2 ni best okay. harap2 sampai habis sem pun okay la. subjek paling aku semangat nak masuk kelas. haha. TAPI aku ada masalah dengan sem ni. ada subjek LAW lagi! wadda. dah la banyak pulak markah dia semua per 400marks nak kena jawab. fakta lagi, seksyen lagi, 200 kes lagi, apa?! macamana ni. dulu aku ingat law ni best tapi bila dah face, mak aiii aku rasa down gle kot camane aku nak buat? dah la sem 3 law dapat B je tu pun tak jawab satu soalan. haha, *ayah baca confirm ngamok kejap lagi, huhu :(*. tak habis kat situ, ada lagi subjek baca2, Total Quality Management, 4 credits hour. mak aiii dah la banyak gle definition nak kena baca, award2 scholars lagi, contributions, books, blablablabla. wah, macam tak gle pulak aku kali ni. errrr

macamane nak naik sem 5 ni? ade 2 subjek LAW ade 4 subjek baca2 langsung takde kira2. waaa taknak aku naik sem 5 mati kutu nak baca buku tebal2 segala takde kira2. serious aku tak suka fakta. huhu tolongggggg. aku dah usha2 degree punya subjek. aku taknak sambung kos yang berkaitan walaupun 2 tahun je. semua ada law!! tak sukanye. aku dah usha kos yang banyak kira2 dengan duration dia 3 tahun. okay la kot. hopefully. so nak dapatkan kos tu, kena la jugak score untuk sem ni dengan sem depan, kalau pointer tak bagus macamane nak dapat? huaaaaaaaaaaa.

okay la cukup la aku buat luahan perasaan kat sini. bukan ada yang nak baca panjang2 pun kan. kalau ada, sila tinggalkan pendapat anda okay. terima kasih :)

PS hari ni aku jatuh kat tangga library, best sangat sampai jalan pun tak betul. haha. apa la nasib aku ni banyak betul dugaan sakit. alaa, chill la, sikit je tu. Allah kan sayang aku ;)

3 comments:

  1. nani, kita serupa. muka husna pon dah mula merah2 pastu dah nak mengelupas. perghhh~ sikit punya panas Merbok ni.

    betul2. nak makan memang susah kat sini. allergic lauk.

    ReplyDelete
  2. tak pe weh... saba je la... aku pun sengal2 je study kat sini... cepat2 baik eh muka tu. Tak dapat aku bayangkan kau makin kurus, dah la memang kurus.

    ReplyDelete
  3. okeyh.LAW sgtt seronok.duhhh.same goes to me lah nanisyg.grr.tension tau?emmm.sabar je lah nani.ada lah hikmah segala tu.okeyh?TAKE CARE there,dear friend!

    ReplyDelete

kata