like this blog?

Monday, August 1, 2011

angry

Bersabarlah duhai hati, janganlah berprasangka.
Walau pendam begitu lama, usahlah dilepaskan pada yang sia sia. 
Mungkin orang tidak bisa melihat kita senang gembira sentiasa.
Aku percaya, kalau tiada cerita masakan orang berbicara.

Marah tiada dalam liku penyelesaian,
Kerana masalah tidak mungkin diselesaikan,
Kita punya otak punya cara punya akal fikiran,
Hanya diri sendiri yang mampu menenangkan.

Usahlah kau bermanis kata jika berat untuk ditepati.
Jangan berdusta berjanji kelak ada kata dimungkiri.
Buatlah sekadar mampu jangan cuba memberi pasti.
Kerana aku bukan mainan yang boleh kau pijak sesuka hati.

Oh dikau dengarlah, cukuplah sudah hebat bermadah.
Segala kisah benar kau nafikan lagi dianggap mudah.
Kala semua hilang sekelip mata kau menyesal tak sudah.
Baru kau sedar aku bukan segala yang boleh diludah. 

copyright by me.

3 comments:

kata