like this blog?

Monday, August 1, 2011

A Trip to Remember

Hai. Aku ada something nak cerita kat korang. Apa? Taknak tau? Taknak sudah. Nak cerita jugak, panjang ni. Apa? Pendekkan? Taknak. Nak panjang jugak  ;p

Okay dah 5 sem aku takde lawatan sambil belajar. Wah, macam budak sekolah la pulak. Haha. Beza okay, budak University lawatan sambil belajar bebas. Kalau kat sekolah kena pakai baju sekolah. Zzzzz poyo sebentar. Hihi. Serious weh mula2 tu aku ada rasa macam malas nak pergi la kan. Dengan assignment tak siapnya, dengan nak tengok bola. Then Sir Habib pulak cakap ada tambah marks kat final exam. Alaaa. Plus, kawan2 semua menghasut ni dah last sem so apa salahnya spend time sama2. Hurm okay, finally aku semangat nak pergi! HAHA :D

Straight to the point, 

Khamis, 28hb July 2011 
3 bas UiTM yang digunakan ;)
girls DPA5D, boys are excluded sebab lambat 


Semua bebudak DiPAC atau DPA UiTM Kedah, *taktau search sendiri ;p* secara rasminya bertolak ke Melaka, trip under PAD 320 - Local Government. Konon bertolak pukul 3 petang tapi at last 3 lebih jugak la gerak. Okay kelas DPA5D memang tamak. Conquer satu bas taknak campur dengan kelas lain. Tapi ada la certain people yang sesat, but yet you're still welcomed ;)

Dalam bas tu dah memang macam-macam ragam la kan. Konon ada yang taknak tidur. Takut kena snap. At last bantai jela tidur. Sape yang kena snap tu, nasib jela kan. Aku pun habis teruk kantoi muka tidur. Haha takkisah la wey. Then ada la stop kat Sungai Perak kejap. Ada yang pergi makan, lapar. Paling best, semua dah macam semangat nak tengok bola kan. Termasuk la aku! Hihi. Tv bas takboleh on la pulak. Then dengar radio jela. Okay time ni dari semua memekak tiba2 diam khusyuk dengar apa commentator cakap. Padahal masa kat tv, semua bising kata commentator memekak. Haa baru berdaulat kau takde tv. Muahaha.

Then sampai dekat Selangor, ada hentian Elmina. Taktau? Pergi search jugak. Encik Google kan ada. Hehe. Sir Adnan and Sir Habib tanya, "korang serious ke nak tengok bola ni?" Majority memang kata nak la kan. Except sape yang tak minat tu memang kata taknak la kan. Lepas dah dapat green light dari Sir, apa lagi semua bebudak lelaki turun dengan lajunya berebut2 tv. Boleh kata semua tv kat situ di-conquer oleh kami la kan. Hehe. Happening habis! Kesudahannya, stop kat RnR sampai sejam setengah bagi bola kasi habis. Hehe. Lepas tu pulak, masuk bas, bising ramai2 nyanyi lagu Keranamu Malaysia & Jalur Gemilang. Gila la semangat kan korang. Lepas tu nyanyi lagu Happy Birthday ramai2 untuk Hambali Halil since birthday dia kan. Haha. Best laa.

Finally semua tidur. Bangun2 je dah sampai dekat Kolej Kediaman Kampus Bandaraya Melaka (KBM) nak dekat pukul 2 macam tu la. Lepas dah agih2 rumah, semua naik atas  la kan. Satu rumah maunya 10orang ++ . Dapat tingkat 10 pulak tu. Memang kena naik lif la. Dah masuk lif pulak lembab. Main tekan2 pulak. Then keluar dulu masuk tingkat 9. Then tiba2 salah tingkat, Sir Habib & Sir Adnan keluar balik. Haha sampai dia cakap "Tau la UiTM Kedah takde lif" lol :D Then lepas gosok baju kemas2 segala, pukul 3 baru dapat tidur. zzzzz

Jumaat, 29 July 2011
Bangunan KBM

Ceramah ceramah ceramah @ Dewan Auditorium KBM

Berebut lari naik tangga sampai tingkat 10!
Berjalan sakan lepas habis ceramah :D
Okay Aida kejut aku pukul 5 pagi. Gila la awal. Pukul 7 dah kena kumpul kat bawah. Plus nak berebut bilik air, nak naik lif yang lembab. Oh ye, rumah aku share dengan 2 lectures yang comel & cool, Miss Faridatul Farrah & Miss Aethiqa Suraya :)) 

Okay, dah turun pukul 7. Para lelaki semua tak siap lagi. Diorang turun pukul 8. Memang pfffttt lambatnya. Dah la ngantuk. Kalau tau boleh sambung tidur kejap. Huhu. Lepas makan2 tu straight pergi Dewan Auditorium KBM untuk sesi ceramah Local Agenda 21. Serious ngantuk. Aku berani bet ramai tidur time ni. Penceramah pun perasan. Aku pun memang dah terlentok la. Haha nasib duduk belakang sekali. Mana taknya, tidur tak sampai 2 jam pun. Notes yang aku salin pun macam berseni haha lol. 

Lepas habis ceramah, taktau nak pergi mana since banyak gap. Budak2 lelaki kena pergi solat jumaat la kan. So kitorang yang perempuan ni decided pergi Dataran Pahlawan jela. Pakai baju kurung pulak. Pergh macam tak biasa. Haha. Okay first aku jejak kaki kat DP, serious aku rindu dekat kawan2 aku. Mijot, Faten, Anith, Napie, Aman, Fadhli & lain2. Even dah lama tak jumpa, but still memories tu kuat :') Bila la nak jumpa kan. Okay lepas tu merayau la sampai 2.30 petang. 

Pukul 3 lebih balik kat Dewan dengar ceramah sesi kedua pasal kerajaan tempatan. Okay ni serious lagi ngantuk sebab suara dia yang halus. Waddaaaa. Tak tersalin aku notes dia. Ngantuk siotttt. Dah taktahan sangat then capai phone started to text someone. Telinga mendengar, mata membaca text. Okay la tu kan fair & square. So boleh la bertahan. Hihi ;p

Lepas habis semua, Sir Adnan cakap petang sampai malam aktiviti bebas so boleh berjalan2 la kan. Tapi semua taknak pakai baju formal so request nak tukar baju. Masa dia bagi sejam je. OMGGG sejam je? Dah la ramai nak rebut lif & toilet segala. Memang lari terus la. Dah sampai kolej, lif pulak lembab buat hal. Nak cepat punya pasal. Kitorang pun lari naik tangga sampai tingkat 10. Serious weh? Serious la! Aku pun tak percaya aku panjat sampai tingkat 10. Haha. Then lepas siap2 segala. Lif stuck. Memang tak la nak tunggu. Dah la lambat. Apa lagi, buat kerja gila, turun berlari dari tingkat 10 sampai ground floor. Lepas tu lari lagi naik bas. Memang la dahsyat kan. Nasib la stamina okay. Alhamdulillah :)

Then biasa la sampai Melaka semua nak berjalan. Aku pulak dah banyak kali berjalan Melaka plus takde fulus so aku decided nak lepak dengan Anith & Napie je makan2. Tapi sayang Napie takde transport nak gerak so dapat jumpa Anith jela. Then takde rezeki jugak nak jumpa Nurul, gara2 lain arah tujuan. Hehe. Takpela, ada rezeki ada la nak jumpa semua :)

Balik je memang semua tidur. Ngantuk kot weh mata dah macam panda bengkak sembab segala. zzzzz

Sabtu, 30 July 2011

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

Total minyak yang digunakan satu bas
Okay bangun pagi siap2 nak balik. Lepas sarapan dalam pukul 10 macam tu gerak la balik Kedah. Sepanjang perjalanan ada la beberapa orang turun RnR kat hometown masing2 sebab nak balik rumah. Untung la balik rumah kan. Dalam bas macam2 ragam lagi. Tapi paling best part sakat menyakat bahan membahan bising2 ejek mengejek. Haha. Terbaik la korang! Memang sumpah aku rindu trip ni nanti :')

Okay dah la cerita kan. Panjang sangat la pulak. So tu jela. Selamat kembali ke alam nyata, berperang dengan tests quizzes & assignments. All the best :)

1 comment:

  1. beruntungla wahai budak DPA..
    *sgt jealous trok*
    sekian, terima kasih..

    ReplyDelete

kata