like this blog?

Thursday, January 22, 2009

Dahulu vs Sekarang


















Dahulu kala ;


sebelum pergi sekolah ...
sebelim pukul 5 pagi aku dah kena bangun. aku malas nak tunggu turn masuk toilet, ayat yg agak klise "after ade org tak?", "ade2", "lame lagi tak?", "aku baru masuk la weii,", uihh. jadi nak tak nak, bangun jela pagi2 tuh then boleh terus masuk toilet. pastu, pukul 6.15 dah kena keluar asrama, pagar dikunci, aku? ape lagi, kena ambil nama la sape yang lambat tu, maaf ye.

lepas balik sekolah ...
balik weiii !! macam biasa, aku tunggu member2 aku balik, kami gerak sekali ; majoriti semua pengawas, memang nampak macam sekumpulan biru je, opss maaf ; kami memang sangat rapat ye! hurm, pegi solat kat surau, then gerak pulak pergi dewan makan [DM]. uihhh, ramainyee, kena beratur la, kadang2 lame je nak tunggu, lauk kehabisan la, haih, sembang2 la sambil tu. kadang2 aku potong line jugak, beratur belakang member aku, ngaha, senior la katekan, junior diam suda ! agaga. then duduk la berkumpulan makan beramai2 kat DM tu, sedap tak sedap kami tak peduli, janji kenyang, Alhamdulillah.

prep petang ...
prep dalam kul 3.30. aku kena gerak la, kalau aku ponteng prep tak ke mereka tak hormat aku nanti? haih susahnye pegang jawatan tinggi ni, nak kena jadi skema pulak tu, uhh takpela, lagipun nak SPM weii. "SEMUA WARGA ASPURI !!! KENAPA MASIH ADA YANG TAK TURUN PREP NI? TURUN SEKARANG JUGAK! PENGAWAS, BUAT CHECKING DORM !!!, " ohhh, itu suara warden2 yang tengah mengamuk, aku ape lagi, kena la gerak checking dorm, orang yang tertangkap tu, dah mencebik kat aku, ahh peduli ! sape suroh malas turun prep, haihh.

malam ...
semua turun surau, solat maghrib & isya' berjemaah. kalau malam jumaat, bace yasin. antara maghrib & isya' tu, aku buat la ape2 yang patut. kadang2 aku check kat luar surau, ohhh ramainye pasangan dating! nak tak nak, kena lah halau, mane boleh biar je, nanti aku yang dapat dosa, ishh. aku tau, ramai yang tak puas hati, tapi tu la tanggungjawab aku, aku tak nak bersubahat, maaf ye. then pukul 9, macam biasa prep sampai pukul 10.30. macam2 kerenah, lepas prep memang bising macam pasar. then, kena tutup lampu dalam pukul 11.15 lepas bacaan yasin & doa. tapi., biasalah nama pun remaja , takde maknanye mereka nak tidur awal. ade yang stay up, ada yang menyembang & blablabla. ada banyak kali jugak lahh, dorm kami kena denda dengan warden sebab bising malam2, ngahaha, geram tapi best je !


Sekarang ;


aku tak perlu melalui semua tu lagi, semua dah tersedia depan mataku. tak payah lagi nak beratur, berebut, blablabla. aku maksudkan, rumahku ; syurgaku. namun, walau kat sekolah & asrama teruk macam mana pun, kat situ la aku lebih mengetahui erti kehidupan yang sebenar. macam2 jenis manusia aku dah jumpa. macam2 keadaan aku dah lalui. dulu aku rase macam duduk kat dalam penjara kat sekolah aku tu. then lelame aku rase sangat seronok sampai tak ingat nak balik rumah pun. aku pun pelajar biasa, pernah kena denda dengan warden walaupun aku seorang KP, tapi takkan selamanya nak hidup skema. aku rindu semua kenangan tu. tak kan boleh diulang semula. warga KUSTECH! aku rindu kau!







4 comments:

  1. u dulu sek smt kuala selangor ka?!

    aduhai i byk gile kwn kat sane ok

    firdaus pengawas !
    hidayat ali
    navin
    j
    rindu mereka woo

    ReplyDelete
  2. peh kenal gila, haha x sangke, kecik dunie. ;)

    ReplyDelete
  3. aku tau!!
    aku pon alami perasaan sama ngan kau...

    nway,
    kau garang~
    hehe

    ReplyDelete
  4. hehe, memang pun hanif, kalau time tugas je,
    kalau x, aku sengal sikit, hehe :)

    ReplyDelete

kata