like this blog?

Thursday, February 5, 2009

antara impian, cita2 & permohonan kelayakan.





Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah universiti kejuruteraan terbesar di Malaysia yang menawarkan pelbagai program dalam semua peringkat pendidikan.

ohh, dengar saje pasal tu, aku terus rase teruja, orang kata kat UTM tu sangat bagus untuk jurusan kejuruteraan. UTM adalah impian aku untuk mengejar impian supaya aku dapat mencapai cita2 aku yang diwarisi daripada ayahku sendiri IR Haji Abdul Halim Haji Mohd Salleh. aku sangat kagum & bangga dengannya. hingga kini, beliau bekerja di sebuah syarikat awasta di arab saudi ; membina sebuah universiti di jeddah. sangat berkualiti bukan. sebagai contoh untuk aku, sememangnya idolaku, semoga aku berjaya macam dia. :)

aku memohon dalam jurusan kejuruteraan awam. ya, aku sangat minat bidang tu sedari aku kecil lagi, mungkin juga pengaruh ayahku, yang kerap kali membawa aku melawat ke tapak projeknya. sedikit demi sedikit minatku semakin bercambah sehingga aku nekad menyambung pelajaranku ke sekolah teknik untuk belajar asas kejuruteraan yang lebih mendalam.

aku juga harap, aku dapat masuk ipt sama dengan kawan2ku yang lain, dan setakat ni, ada juga beberapa orang yang memohon sama tempat denganku, ahh, bertambah teruja ! :) walaupun aku tau, aku pasti jumpa kawan yang baru. tapi bagi aku, zaman sekarang susah nak cari kawan yang betul2 kawan. aku sangat menghargai kawan.

apa2 pun, aku sebenarnya tak kisah ditawarkan di mana2 universiti sekalipun. bergantung pada keputusan SPM aku juga. cuma kini, aku hanya mampu berdoa & terus berdoa, tawakal kepada yang maha berkuasa ; ALLAH SWT. aku harap aku & kawan2 ku juga akan berjaya bukan sekadar menjejakkan kaki di universiti, tapi di alam realiti kerjaya & juga di akhirat.

kawan, see u di IPT ok, insya-Allah. :)


6 comments:

  1. ahha gud luck dear!
    utm is really2 gud choice
    tp lya x minat kejuruteraan
    lya minat bdg2 kesihatan or perunbatan (not medik)

    ReplyDelete
  2. ye btul tuh, tina pun nak jd mcm arwah papa tina :)
    see u di ipt also nani. insyaAllah

    ReplyDelete
  3. yeah, thnx babe. xpe, masing2 ade minat, gud luck utk lya jugak :)

    ReplyDelete

kata