like this blog?

Wednesday, July 21, 2010

Allergic + Ujian

Assalamualaikum :)

Okay taktau nak letak intro ape. Hehe. Dah masuk minggu ketiga ni. Dugaan akhirnya datang jugak. Biase la kan. Ini la namanye hidup. Tapi takdela berat sangat aku rase. Masih boleh handle lagi. :)

Aku penah cerita kan pasal aku allergic benda2 kotor ni. Adoi buruk dah rupa aku. Macam vampire gigi merah. Haha. Okay tak lawak. Kau nak tau sebab ape? Sebab muka aku dah makin teruk dengan kegatalan dan kepedihan yang melampau.


Ini semua gara2 makanan kat dining atau ape ya? Cepat je merah ni naik. Kejap2 elok. Tapi taknak la kejap2 kan. Haih. Bila la nak habis. Nanti degree mau duduk rumah saje. Semua bersih, takdela lagi tompok2 merah yang menghodohkan. Segan duh. Ramai dah tanye. Kalau
taktanye pun sure korang tanye dalam hati kan? Huhu =.=

Aku pergi Unit Kesihatan ( UK ) nak check. Tapi sangat membengangkan aku.
Kat situ takboleh pakai la weh. Tengok jela mata aku yang berdarah hari tu kan dia check sambil lewa je. Haih. Yang ni bukan aku nak MC la weh aku tak hengen pun. Tapi tolong la bagitau ape punca utama allergic aku ni. Ni bila tanye, dijawabnye "SAYA PUN TAKTAU NAK CAKAP MACAMANE. SAYA BAGI AWAK UBAT SAPU JE EH" . BOD*H! Amek kau. Geram aku. Baik takpayah kerja kat situ la. Haih. *merungut lagi?*

Ni aku bagi korang tengok la. Teruk weh hodoh. Haha lantak la hodoh pun kan :p Tengok kat area dagu bawah mulut tau. *sila click kat gambar untuk lebih jelas*

Cepat2 la sembuh. Malu weh =.=

__________________________________________________________________________

Okay habis pasal merah gatal2. Sekarang aku nak cerita pasal mimpi ngeri yang gila dahsyat. Baca la ye :)

Baru2 ni. Sebelum tidur, rutin aku pastikan diri dah bersih, sembahyang isyak, baca doa tidur, Al-Fatihah, surah 3 Qul dan Ayat Qursi sebelum tidur. Tapi mungkin Allah SWT nak benda ni terjadi kan. Aku tiba2 jadi lemah semangat weh. Sangat takut. Tapi aku yakin ada hikmah yang Allah SWT nak tunjuk. Huhu

Mimpi dia begini. Aku tengah berkumpul kat ruang TV Kolej Mahsuri F2. Tiba2 semua lari lintang pukang. Rupa2nya ada hamba Allah yang lompat2 tu datang. Orang kata kalau terbukak, sangat bahaya. So aku lari terus masuk bilik kat tingkat 3, terus landing atas katil. Then benda tu macam ikut. Aku terjaga dari tidur. Astaghfirullah Al-Azim. Macam real weh. Aku bangun je aku rase sangat penat macam baru lepas lari. Aku rase macam benda tu betul2 ada kat situ. Aku takboleh tidur, sesak nafas, berdebar2 tercungap2. Dalam hati, Allah je yang tau. Habis semua ayat aku baca. Takut weh.

Esoknya aku cerita kat junior bilik aku. Yang sorang tu pun mimpi sama dengan aku. Apekah weh? Kebetulan ke mimpi serentak? Memang cuak la. Malam tu terus fotostate ayat2 suci Al-Quran then tampal satu bilik, kat pintu, siling, dinding, setiap penjuru. Alhamdulillah, malam tu aku tidur sangat lena. Syukur Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Pelindung :')

ayat tampal kat dinding

ayat tampal kat siling, supaya aku bangun je terus nampak ayat suci ni :)

Okay tu je nak cerita. Aku harap aku semakin kuat menghadapi hari2 mendatang.
Lindungilah hamba-Mu yang lemah ini Ya Rahman Ya Rahim :)

7 comments:

  1. tp still comel lg, haahah :P

    ReplyDelete
  2. sayang..allergic tu mmg kita kene cari sendiri..doktor mmg xleh nak detect..tp agak b*n*ong lah dia tak mau jelaskan antara yg blh dijadikan punca ellergik..
    sabo weyh..aku tau apa perasaan ada ellergik ni..sob3..

    ReplyDelete
  3. biasa ler kak long.. kiter nikan keturunan bangsawan.. memang ada allergic.. haha.. angah ada allergic kat jari jemari sejak dulu dan kini ia kembali lagi..giler buruk jemariku ini.. a'way, mimpi 'gula2' lompat tu agak ngeri.. sumpah tanak dok hostel lagik.. hehe..

    ReplyDelete
  4. kalau ada masa pi Specialist private...claim pada umie

    ReplyDelete
  5. seram gile psl cite sweety tuh..
    dh r arituh sy cm nmpk byg sweety kt blok masria..
    ade kwn pun nmpk gak..
    jgn ar kate sweety dh start menonjolkn diri kt hostel balek..

    ReplyDelete
  6. whoaaa.take care nani.dugaan semua tuh.oke?

    ReplyDelete
  7. wuuu. seram je ohh.
    jage diri !

    ReplyDelete

kata